awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peletakan jawatan pemimpin PN bukti kerapuhan parti - AMK Johor
Mujahid, Takiyuddin capai persetujuan tamat saman fitnah
[TERKINI] Faizal Azumu pula umum letak jawatan Pengerusi PN Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kualiti air tidak terjejas akibat banjir - Dr Rahman Junaidi

Bernama
Bernama
17/01/2021
00:37 MYT
Kualiti air tidak terjejas akibat banjir - Dr Rahman Junaidi
Sukarelawan JKM melipat semula khemah di PPS di Dewan Taman Malihah, Kuching setelah ia dinaiki air awal pagi Khamis lalu. -- fotoBERNAMA
KUCHING:Setakat ini tiada laporan berkaitan pencemaran bekalan air di Sarawak meskipun negeri itu berdepan dengan situasi banjir sejak beberapa hari lepas, kata Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.
Beliau memberi jaminan bahawa kualiti bekalan air di negeri itu tetap selamat untuk digunakan dan tidak terjejas semasa banjir.
"Setakat ini, saya tidak menerima sebarang laporan daripada agensi bekalan air yang berkaitan seperti Lembaga Air Kuching, Lembaga Air Sibu atau Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak mengenai isu-isu berkaitan pencemaran air.
"Bagaimanapun, kami memang mempunyai kes paip pecah susulan tekanan air kuat yang menyebabkan gangguan bekalan air kepada pengguna serta pam air atau generator rosak yang merupakan kes biasa," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Matu Baru di sini semalam.
Dr Abdul Rahman, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Damai, turut mengingatkan mangsa banjir agar sentiasa berjaga-jaga terutama berkaitan pengambilan makanan dan minuman mereka.
"Pastikan air yang anda minum dan makanan yang anda makan sudah dimasak.
"Jika ada tempat yang masih bertakung dengan air, tolong bersihkan agar ia tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir Sarawak
#kualiti air
#tidak terjejas
#bekalan air
#pencemaran
#tiada laporan
#Menteri Muda Utiliti Bekalan Air
#Dr Abdul Rahman Junaidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan