Skip to main content

Malaysia

Kualiti udara bertambah baik, Johan Setia masih catat IPU tidak sihat

KUCHING, 7 Ogos -- Pemandangan sekitar Bandar Raya Kuching diselubungi jerebu ketika tinjauan fotoBernama, hari ini.  Kualiti udara di kawasan Kuching, Samarahan dan Serian merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 12 tengah hari, dengan Kuching mencatatkan bacaan 139, Samarahan (140) dan Serian (162)._BERNAMA
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya. - Gambar fail/ Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kualiti udara semakin baik setakat 10 pagi ini berbanding malam tadi dengan hanya sebuah kawasan di Johan Setia, Selangor mencatatkan kualiti udara tidak sihat.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), kawasan itu merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) 151.

Sementara itu, sebanyak 58 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana (51 hingga 100) manakala lapan kawasan lagi mencatatkan tahap kualiti udara baik (bawah 50).

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement