Skip to main content

Dunia

Pelakon AS Hayden Panettiere meninggal dunia pada usia 36 tahun

FILE PHOTO: Hayden Panettiere poses at the 6th Annual Hollywood Style awards at the Armand Hammer museum in Los Angeles, California, U.S., October 11, 2009. REUTERS/Mario Anzuoni/File Photo
Butiran lanjut mengenai punca kematian tidak didedahkan setakat ini. - Foto REUTERS
Advertisement

LOS ANGELES: Pelakon Amerika Syarikat, Hayden Panettiere, yang terkenal menerusi siri televisyen Heroes dan Nashville, meninggal dunia pada usia 36 tahun, menurut laporan ABC News yang memetik wakilnya.

Dalam satu kenyataan, wakil Panettiere menyifatkan pemergiannya sebagai satu kehilangan besar kepada keluarga, rakan-rakan dan para peminatnya di seluruh dunia.

“Dengan penuh dukacita kami berkongsi berita pemergian tragis Hayden yang kami kasihi. Beliau merupakan seorang yang membawa kegembiraan dan kasih sayang yang tidak terhingga kepada semua yang mengenalinya serta jutaan penonton yang menyaksikannya di layar,” menurut kenyataan itu.

Butiran lanjut mengenai punca kematian tidak didedahkan setakat ini.

Panettiere memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak sebelum meraih populariti menerusi watak Claire Bennet dalam siri fiksyen sains Heroes dan Juliette Barnes dalam drama muzikal Nashville.

Beliau turut membintangi beberapa filem terkenal termasuk Remember the Titans, Raising Helen, Ice Princess, Scream 4 dan Scream VI.

Pada Mei lalu, Panettiere menerbitkan memoir berjudul This Is Me: A Reckoning yang menceritakan pengalaman hidupnya, termasuk perjuangan menghadapi ketagihan, kemurungan selepas bersalin dan beberapa cabaran peribadi lain.

 

 

Must Watch Video

Advertisement