Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya membongkar satu lokasi menempatkan senjata api yang membawa kepada penemuan tiga laras senjata jenis AK-47 di kawasan kemajuan am Kampung Gemang, Jeli semalam.
Menurut Panglima 2 Briged, Brig Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar, kejayaan itu hasil risikan dan rondaan yang menemui satu longgokan tanah mencurigakan di sekitar sempadan Malaysia - Thailand.
Berikut operasi ATM yang disertai kru Astro AWANI pada Khamis 29 November 2018:
3.05 petang: Kampung Gemang, Jeli
Kira kira jam 3.05 petang semalam Ops Merpati 1 dilancarkan membabitkan 16 anggota dari 2 Rejimen Renjer Diraja yang mengawal sempadan Malaysia-Thailand.
Lokasinya, hanya 8.3 Kilometer dari tempat berkumpul di Kampung Gemang.
Kami turut mengikut Operasi itu dan terpaksa menaiki pacuan empat roda sejauh 5 kilometer ke jalan besar menghubungkan Jeli ke dan diteruskan dengan berjalan kaki lebih 3 kilometer ke sempadan Malaysia - Thailand .
3.35 petang: Guna pengesan logam kesan bom
Bagi memastikan keselamatan anggota, lapan jurutera dari 7 Skuadron Jurutera membuat persiapan menggunakan "Metal Detector" atau pengesan logam.
Pengesan logam itu digunakan bagi memeriksa sekitar lokasi kubur untuk memastikan tiada bom atau bahan peledak ditanam secara sengaja oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Pemeriksaan mengesan bom itu dilakukan hampir setengah jam.
4.20 petang: Bungkusan guni biru dibuka
Selepas memastikan kawasan itu bebas bom, usaha menggali tanah bagi mengesan senjata api yang disorokkan giat dilakukan.
15 minit kemudian, akhirnya satu bungkusan guni berwarna biru ditemui ditanam kira-kira hampir dua meter.
Bungkusan yang dibaluti dua lapisan guni itu akhirnya membawa jawapan sebenar.
Tiga laras senjata api jenis AK-47 buatan Rusia ditemui bersama tiga kelopak peluru yang diikat dengan tali berwarna biru.
Pemeriksaan anggota menggunakan sarung tangan mendapati senjata api berkenaan masih berminyak iaitu dipercayai baharu diseludup masuk dan boleh digunakan bila-bila masa.
Pemeriksaan pada nombor siri setiap laras senapang tertulis tulisan Rusia, bagaimana pun pemeriksaan pada badan senjata nombor sirinya tidak sama.
5 petang: AK-47 dibawa keluar dan diserah kepada Polis
Ketiga laras AK-47 itu diserahkan kepada polis bagi membuat pemeriksaan lanjut dan siasatan bagaimana penyeludupan sedemikian boleh berlaku.
Sempadan Malaysia - Thailand, di mana penguatkuasaan?
Menjadi persoalan apabila usaha menanam senjata itu terbongkar, cukup membuktikan sindiket penyeludupan atau individu melalui sempadan negara telah berubah.
Astro AWANI membuat tinjauan di sekitar Sungai Golok yang menjadi salah satu kawasan utama penduduk tempatan merentasi negara jiran.
Dengan hanya membayar tambang RM1 atau menggunakan Kad Pengenalan atau Pasport memudahkan urusan mereka.
Benar ianya telah menjadi 'turun-temurun', generasi ke generasi rakyat sempadan negara berhijrah atau berniaga di negara jiran.
Timbul persoalan, adakah penguatkuasaan di sempadan negara kita masih ampuh atau longgar terutama melibatkan senjata api?
Malah, sindiket penyeludupan senjata api satu yang membimbangkan dan perlu diberi perhatian.
Apa akan jadi jika ianya terlepas ke tangan pihak tidak bertanggungjawab sekali gus boleh mengancam keselamatan negara.
Fareez Azman
Fri Nov 30 2018
Kejayaan itu hasil risikan dan rondaan yang menemui satu longgokan tanah mencurigakan di sekitar sempadan Malaysia - Thailand. - Foto Astro AWANI/Fareez Azman
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Polis sedang siasat penemuan tiga laras senjata AK-47 di Kelantan - Fuzi
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohammad Fuzi Harun menjelaskan siasatan sedang dijalankan berkaitan penemuan senjata AK-47 oleh pihak ATM di Jeli, Kelantan.