KUALA LUMPUR: Seekor kuda mati selepas dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Sungai Tua-Ulu Yam, Selayang, kira-kira 6.30 pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Supt Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata siasatan awal mendapati kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berumur 54 tahun itu dalam perjalanan dari arah Antara Gapi menghala ke Sri Gombak.
"Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu menyedari seekor kuda berada di laluannya dan tidak sempat mengelak hingga menyebabkan berlaku kemalangan.
"Pemandu Ford Ranger bersama penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan manakala kuda itu mati di tempat kejadian. Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Noor Ariffin ketika dihubungi Bernama berkata polis sedang menyiasat dari mana datangnya kuda berkenaan kerana sehingga kini belum ada pihak yang tampil menuntut kuda itu.
"Saya difahamkan di sekitar kawasan kemalangan mempunyai kandang kuda tetapi belum dapat dipastikan sama ada kuda yang mati itu milik kandang berkenaan (atau tidak)," katanya.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Trafik Sarjan Mohd Sakri Mat di talian 019-9145899 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 31 2023
Seekor kuda mati selepas dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Sungai Tua-Ulu Yam, Selayang, kira-kira 6.30 pagi tadi. - Foto Sinar Harian/media sosial
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai
Pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat.
Pesawat Garuda Indonesia lakukan pendaratan cemas selepas enjin terbakar
Pesawat yang membawa 450 penumpang dan 18 anak kapal termasuk jemaah haji baru saja berlepas dari Makassar menuju Arab Saudi.
Pengguna iOS 17.5 dapati foto lama dipadam muncul kembali
Mereka terkejut melihat gambar yang telah bertahun dipadam, tiba-tiba muncul sebagai gambar yang baru dimuat naik ke iCloud.
Kuda mati dilanggar pacuan empat roda di Selayang
Seekor kuda mati selepas dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Sungai Tua-Ulu Yam, Selayang, kira-kira 6.30 pagi tadi.