awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kudat berpotensi besar bagi pembangunan ekonomi biru - Hajiji

Bernama
Bernama
20/04/2025
20:30 MYT
Kudat berpotensi besar bagi pembangunan ekonomi biru - Hajiji
Hajiji berkata, ini juga berkait rapat dengan lokasi strategik daerah itu serta terletak berhampiran dengan China, Korea Selatan dan Jepun. - Gambar fail Bernama
KUDAT: Daerah Kudat di Sabah berpotensi besar bagi tujuan pertumbuhan, terutama dalam sektor ekonomi biru, dipacu oleh cadangan Taman Perindustrian Kudat yang akan menumpukan industri berkaitan makanan laut dan logistik perdagangan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ini juga berkait rapat dengan lokasi strategik daerah itu serta terletak berhampiran dengan China, Korea Selatan dan Jepun.
"Kudat dengan kemudahan utama, termasuk pelabuhan dan pelabuhan laut dalam juga sesuai untuk pembangunan ini," katanya pada majlis perasmian Pusat Pameran Galeri Bersejarah Hakka dan Mercu Tanda Kapal-Gereja Kecil, di sini, pada Ahad.
Ucapan beliau dibacakan oleh Datuk Abidin Madingkir yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri.
Kudat terletak kira-kira 182 kilometer di utara Kota Kinabalu.
Hajiji berkata, perkhidmatan feri ke Palawan juga dijangka meningkatkan aspek perdagangan, pelancongan serta perusahaan kecil dan sederhana tempatan, sekali gus mempelbagaikan ekonomi.
Beliau juga menyifatkan ekonomi biru yang dilancarkan pada 2024, dapat menjadi pengubah dalam usaha mempelbagaikan ekonomi negeri itu.
Dalam pada itu, Hajiji memuji usaha Basel Christian Church of Malaysia kerana menyiapkan Mercu Tanda Kapal-Gereja Kecil dan Pusat Pameran Galeri Bersejarah Hakka.
Kedua-dua mercu tanda itu mempamerkan warisan budaya masyarakat Cina Hakka di Sabah yang menyaksikan kehadiran nenek moyang mereka di Kudat pada 1833 selain menyifatkan pembangunan tapak itu sebagai destinasi pelancongan unik sebagai berfikiran maju.
Beliau berkata bagi tahun ini, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM70 juta untuk badan-badan agama bukan Islam, sekolah mubaligh dan sekolah swasta.
"Ini merupakan peningkatan sebanyak RM13.25 juta berbanding peruntukan 2024 sebanyak RM56.75 juta. Kita akan terus membantu untuk memastikan kelangsungan perpaduan dan keharmonian kaum serta dan toleransi agama," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kudat
#Sabah
#ekonomi biru
#pertumbuhan
#Hajiji Noor
#lokasi strategik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan