TELUK INTAN: Menu Sambal Taun Belulang daripada kulit lembu yang sering dimakan sejak kecil mencetuskan idea buat Zulkifli Akhiar untuk mengkomersialkan kulit berkenaan sehingga mampu menjana pulangan pendapatan sekitar empat angka sebulan.
Zulkifli, 60, dari Kampung Selabak, di sini, yang menjual kulit lembu siap diproses sejak 10 tahun lepas berkata kulit lembu atau belulang merupakan makanan tradisi popular dalam kalangan masyarakat Jawa namun ketika ini ia turut digemari oleh pelbagai golongan masyarakat.
Beliau yang pada mulanya hanya menjual kulit lembu secara kecil-kecilan kerana tidak mahu ia pupus ditelan zaman, tidak menyangka menerima permintaan yang tinggi kebanyakannya daripada pengusaha kedai makanan sekitar Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Terengganu dan Kedah.
"Setiap bulan saya perlu menghasilkan kira-kira 700 kilogram (kg) kulit lembu yang telah siap diproses untuk memenuhi permintaan pelanggan tetap, namun pada Ramadan saya menerima tempahan sekali ganda.
"Saya menjual kulit lembu ini pada harga RM13 sekilogram. Dengan dibantu empat pekerja, saya mampu memperoleh pendapatan kira-kira RM7,000 sebulan," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Zulkifli yang memiliki empat anak berkata, proses penghasilan kulit lembu sememangnya agak rumit selain memerlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi.
Bekalan kulit lembu, katanya, diperoleh di sekitar Bagan Datuk, Perak serta Sabak Bernam, Selangor pada harga RM30 hingga RM40 bagi sekeping kulit lembu (sekeping bersamaan dengan seekor lembu).
Beliau berkata, bekalan kulit lembu mudah diperoleh semasa musim perayaan Aidiladha namun ada ketikanya agak sukar mendapat bekalan hingga terpaksa membelinya pada harga yang tinggi.
"Kulit lembu perlu dibasuh terlebih dahulu untuk membuang sisa darah sembelihan dan perlu disidai lima ke enam bulan untuk proses pengeringan, sekiranya cuaca panas terik empat bulan sudah cukup untuk keringkannya," katanya.
Menurut Zulkifli, kulit lembu kemudian perlu dibakar di bahagian atas dan bawah dengan sempurna menggunakan kayu api sehingga kulit bertukar warna kehitaman, seterusnya perlu diberus menggunakan berus dawai untuk membuang bulu serta kotoran yang terdapat pada kulit lembu itu.
"Setelah selesai proses membakar dan memberus, kepingan kulit lembu dipotong kecil dan dikikis dengan pisau untuk membuang lemak seterusnya direndam dengan air bersih selama setengah jam. Kepingan kulit lembu kemudian direbus hingga satu jam setengah bertujuan melembutkan tekstur dan menjaga kualitinya.
"Proses terakhir ialah kulit lembu yang telah siap diproses dibungkus dalam plastik dan disimpan dalam peti sejuk beku sebelum dijual kepada pembeli," katanya.
Zulkifli berkata, kulit lembu siap proses mampu bertahan selama enam bulan hingga satu tahun apabila disimpan dalam peti sejuk dan kemudian boleh dijadikan pelbagai menu masakan seperti masak lemak cili padi, taucu dan sambal goreng.
Teksturnya yang kenyal dan hampir sama dengan perut lembu, katanya menjadikan kulit lembu atau belulang mendapat permintaan tinggi dalam kalangan penggemarnya. - BERNAMA
Bernama
Wed Jul 10 2024
Kulit lembu atau belulang merupakan makanan tradisi popular dalam kalangan masyarakat Jawa dan semakin digemari pelbagai golongan masyarakat. - Gambar Bernama
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
Kulit lembu jadi punca rezeki Zulkifli
Menu Sambal Taun Belulang daripada kulit lembu yang sering dimakan sejak kecil mencetuskan idea buat Zulkifli Akhiar untuk mengkomersialkan kulit berkenaan sehingga mampu menjana pendapatan.