awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iskandar Ismail berjaya muncul juara Gegar Vaganza 12
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Wanita warga Taiwan ditemukan lemas di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kumpulan pemancing selamat tiba di Jeti Kuala Kedah, diberi rawatan kerana lemah

Astro Awani
Astro Awani
21/02/2016
12:39 MYT
Kumpulan pemancing selamat tiba di Jeti Kuala Kedah, diberi rawatan kerana lemah
Sejurus tiba di Jeti Kuala Kedah, mangsa yang berusia 40 hingga 50-an tiba di beri rawatan oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) kerana berada dalam keadaan lemah. - Gambar fail
Kesemua 19 pemancing dan kru yang dilaporkan hilang dihanyutkan ketika memancing di Pulau Payar, Langkawi selamat tiba di Jeti Kuala Kedah, kira-kira pukul 7 malam tadi
Mereka yang berusia 40 hingga 50-an tiba di beri rawatan oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) kerana berada dalam keadaan lemah.
Kesemua mangsa yang berada di dalam bot nelayan ditunda dari lokasi mereka setelah ditemui kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Menurut tekong bot, Saad Omar, kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam apabila bot Kelas A yang dinaiki bocor di bahagian bot.
Sebelum kejadian, angin kuat dan bot mangsa dihanyutkan sebelum akhirnya ditemui nelayan lain yang melalui kawasan itu.
“Semua dalam keadaan baik dan tiada sebarang kecelakaan dialami. Semua 14 orang yang datang beriadah dan lima kru semua selamat. Saya tak dapat bilangan data lagi. Kita akan siasat semua aspek,” ujar Saad.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Operasi Daerah Maritim 1 Langkawi, Komander Maritim Vincent Rajamony berkata, pihaknya mengaktifkan opertasi pencarian kira-kira jam 10.41 malam selepas menerima laporan awam. Kejadian berlaku selepas bot pemancing mengalami kebocoran dan menyebabkan bot hanyut ketika mereka dalam perjalanan ke Kuala Kedah.
Pemancing dalam keadaan selamat dan bot yang bocor itu tidak karam seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Seramai 14 kaki pancing dan lima kru di dapati berada dalam bot sebelum ditemui oleh bot nelayan di 18 batu nautika dari lokasi kejadian.
Topic Berkaitan
#APMM
#bot nelayan
#Jeti Kuala Kedah
#masalah kebocoran
#pemancing hanyut
#pulau payar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan