awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama NGO, swasta model terbaik bina masyarakat berteraskan nilai - Ahmad Zahid
Indonesia tarik balik sekatan, Grok dibenar beroperasi semula selepas jaminan X
Seorang lagi ahli 'Geng Captain Praba' direman, 15 lagi dalam buruan - KPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kumpulan pertama Global Sumud Flotilla belayar ke Gaza

Bernama
Bernama
13/09/2025
22:00 MYT
Kumpulan pertama Global Sumud Flotilla belayar ke Gaza
Inisiatif Global Sumud Flotilla bertujuan mencabar sekatan Israel dan menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Gaza. - Foto Facebook Freedom Flotilla Coalition
TUNISIA / ISTANBUL: Konvoi awal kapal Global Sumud Flotilla berlepas dari Pelabuhan Bizerte, Tunisia menuju ke Semenanjung Gaza pada Sabtu, menurut koresponden Anadolu Ajansi.
Flotila menuju Gaza itu melibatkan sekurang-kurangnya 40 kapal yang membawa antara 500 hingga 700 aktivis dari lebih 40 negara.
Sementara itu, dari Catania Sicily, Itali, sebanyak 18 buah kapal delegasi dunia telah berlepas dan belayar selepas hampir 12 hari persiapan di darat.
Menurut kenyataan Majlis Perundingan Malaysia bagi Pertubuhan Islam (MAPIM), kapal-kapal dari Tunisia, Sicily dan Barcelona akan bergabung di lautan antarabangsa dalam masa terdekat untuk bersama sebagai satu konvoi flotilla untuk menuju Gaza.
Delegasi Malaysia yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan B terdiri daripada 11 orang wakil. Turut bersama mereka ialah seorang delegasi dari Brunei yang kini berada dalam lapan buah kapal daripada keseluruhan kapal yang belayar.
Gelombang kedua kapal dijangka bertolak dari Tunisia dan Greece pada Isnin ini, dan bakal menjadikan misi ini operasi kemanusiaan maritim terbesar ke Gaza
Inisiatif ini bertujuan mencabar sekatan Israel dan menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Gaza
#bantuan kemanusiaan
#Tunisia
#Global Sumud Flotilla
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan