Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Kunjungan ke China buka ruang perluas kerjasama strategik - PM

HANGZHOU, Sept 24 - Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim with Chinese Premier Li Qiang at Mingyuan Hall West Lake (Xihu) State Guest House here today. - fotoBERNAMA
Kunjungan ke China membuka ruang kepada Malaysia untuk meneroka dan memperluas kerjasama strategik berlandaskan hubungan diplomatik kedua-dua negara yang semakin erat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar fail/BERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kunjungan ke China membuka ruang kepada Malaysia untuk meneroka dan memperluas kerjasama strategik berlandaskan hubungan diplomatik kedua-dua negara yang semakin erat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di X hari ini, beliau menzahirkan keyakinan bahawa persahabatan Malaysia-China akan terus membuka peluang baharu dalam pelbagai bidang sekali gus membawa manfaat nyata kepada rakyat kedua-dua negara.

Hantaran berkenaan turut memuat naik klip video berdurasi dua minit 57 saat yang memaparkan sorotan lawatan kerja Perdana Menteri ke negara tembok besar itu, berlatarbelakangkan lagu popular berbahasa Mandarin Tian Xia nyanyian Jason Zhang.

Anwar mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Shanghai dan Hangzhou bermula 22 Sept lepas atas undangan rakan sejawatnya, Li Qiang.

Lawatan itu memberi tumpuan kepada dua agenda utama, iaitu menghadiri Pertandingan WorldSkills Shanghai di Shanghai dan Ekspo Perdagangan Digital Global di Hangzhou.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement