awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tular 'Yeye': Panglima Tentera Darat sah 15 pegawai dikesan terlibat
Peletakan jawatan Dr Akmal tak jejas akar umbi UMNO - Asyraf Wajdi
Agong terima menghadap Anwar, dipersembah taklimat isu semasa negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuota subsidi minyak nelayan kekal 10 juta liter sebulan hingga Jun 2026

Bernama
Bernama
02/12/2025
13:45 MYT
Kuota subsidi minyak nelayan kekal 10 juta liter sebulan hingga Jun 2026
Isham (berdiri tengah), hadir menyaksikan majlis menandatangani perjanjian oleh wakil pembekal minyak pada Majlis Penandatangan Integrity Pact Skim Subsidi Diesel dan Petrol Nelayan di Wisma LKIM hari ini. - Gambar Bernama
PUCHONG: Kerajaan bersetuju untuk mengekalkan kuota Skim Subsidi Diesel dan Petrol Nelayan sebanyak 70 juta liter sebulan bagi tempoh Januari hingga Jun 2026, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Isham Ishak.
Isham berkata perkara itu diputuskan dalam satu mesyuarat berhubung pengurusan subsidi minyak untuk nelayan yang diadakan di KPKM hari ini.
Beliau berkata pengekalan kuota berkenaan dapat memastikan kerajaan terus menyokong para nelayan, termasuk dalam menghadapi cabaran serta isu-isu yang sering dibangkitkan dalam sesi libat urus yang telah dilaksanakan di seluruh negara tahun ini, termasuk di Sabah dan Sarawak.
"Mengikut data sistem e-Nelayan dan e-Pendaratan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), setiap liter diesel bersubsidi mampu mendaratkan hampir 0.9 kilogram ikan, manakala setiap ringgit subsidi petrol pula menghasilkan kira-kira dua kilogram ikan sekali gus menunjukkan impak langsung bantuan itu kepada hasil tangkapan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani 'Integrity Pact' bagi pembekal, pemborong dan peruncit skim itu di Ibu Pejabat LKIM di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Isham berkata bahawa bermula Januari hingga Oktober tahun ini, sebanyak 532 juta liter diesel bersubsidi bernilai RM665 juta telah diagihkan kepada 10,330 pemilik vesel di seluruh negara, manakala pada tahun lepas sebanyak 688 juta liter dengan nilai lebih RM1.06 bilion telah disalurkan.
"Dengan jumlah yang besar itu, pengurusan penyaluran diesel dan petrol bersubsidi memerlukan kerjasama semua pihak bagi memastikan tidak berlaku ketirisan yang akan menjejaskan hak nelayan yang benar-benar layak mendapat bantuan," katanya.
Tiga pemborong yang bertanggungjawab menguruskan tempahan minyak bersubsidi daripada pembekal turut menandatangani ikrar berkenaan, iaitu Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Persatuan Nelayan Negeri Sarawak dan Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan).
Turut hadir Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil dan Ketua Pengarah LKIM Hamdan Mamat.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah jumlah liter diesel bersubsidi yang diagihkan kepada pemilik vesel nelayan dari Januari hingga Oktober tahun ini? A: Sebanyak 532 juta liter diesel bersubsidi bernilai RM665 juta telah diagihkan kepada 10,330 pemilik vesel nelayan dari Januari hingga Oktober tahun ini.
  • Q: Apakah impak langsung bantuan subsidi petrol yang diberikan kepada nelayan? A: Setiap ringgit subsidi petrol mampu menghasilkan kira-kira dua kilogram ikan sekali gus, menunjukkan impak langsung bantuan itu kepada hasil tangkapan nelayan.
  • Q: Siapakah yang bertanggungjawab menguruskan tempahan minyak bersubsidi daripada pembekal dalam Skim Subsidi Diesel dan Petrol Nelayan? A: Tiga pemborong yang bertanggungjawab menguruskan tempahan minyak bersubsidi daripada pembekal dalam Skim Subsidi Diesel dan Petrol Nelayan ialah Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Persatuan Nelayan Negeri Sarawak, dan Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan).

Topic Berkaitan
#subsidi
#LKIM
#diesel bersubsidi
#nelayan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan