awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
97 pusat operasi penipuan dalam talian tumpas, 1,070 ditahan - Polis
Mayat bayi lelaki ditemukan dalam tong sampah di hentian sebelah Yong Peng
Bekas jurutera mengaku salah cuba guna wang palsu, curi barang kemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kupang, kerang Port Dickson kembali selamat dimakan, pengusaha dibenar teruskan aktiviti

Bernama
Bernama
29/09/2025
09:30 MYT
Kupang, kerang Port Dickson kembali selamat dimakan, pengusaha dibenar teruskan aktiviti
JPNS membenarkan semula aktiviti pengambilan dan menuai kerang-kerangan oleh pengusaha di kawasan Sungai Sekawang hingga Kampung Telok, Pasir Panjang berkuat kuasa serta-merta. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Kupang dan kerang-kerangan di perairan Port Dickson kini selamat dimakan selepas kandungan biotoksin pada sampel yang diambil pada 17 Sept lepas berada di bawah paras 800 per bilion (ppb), kata Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS) Kasim Tawe.

Ringkasan AI
  • Kupang dan kerang-kerangan di perairan Port Dickson kini selamat dimakan selepas kandungan biotoksin dalam sampel yang diambil pada 17 September berada di bawah paras 800 ppb selama hampir empat minggu berturut-turut.
  • JPNS membenarkan semula aktiviti pengambilan dan menuai kerang-kerangan oleh pengusaha di kawasan Sungai Sekawang hingga Kampung Telok, Pasir Panjang berkuat kuasa serta-merta.
  • Larangan terdahulu dikeluarkan pada 15 Ogos susulan kandungan toksin PSP melebihi paras selamat, dan pemantauan dijalankan bagi memastikan keselamatan makanan laut dari kawasan terbabit.

Beliau berkata pengusaha serta penternak kupang sistem pancang dan panggar di kawasan perairan dari Sungai Sekawang ke Kampung Telok di Pasir Panjang juga dibenar menjalankan aktiviti pengambilan, mengutip, mengeluar dan menuai kerang-kerangan berkuat kuasa serta-merta.
"Ia berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kes Ledakan Alga Berbahaya yang mendapati kandungan toksin Paralytic Shellfish Poisoning (PSP) pada sampel kupang yang diambil pada 17 Sept lepas berada di bawah paras 800 ppb.
"Hasil pemantauan dan keputusan ujian kandungan biotoksin dalam sampel kupang yang diambil di perairan itu mendapati ia kurang daripada 800 ppb selama hampir empat minggu berturut-turut... justeru, hidupan laut itu selamat untuk dimakan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Pada 15 Ogos lepas, JPNS mengeluarkan larangan supaya pengusaha dan penternak tidak mengutip, mengambil atau menuai kerang-kerangan di perairan Port Dickson susulan kandungan biotoksin pada sampel kupang mempunyai kandungan toksin PSP melebihi paras parameter 800 ppb.
Beliau berkata larangan itu dikeluarkan sehingga pihaknya selesai menjalankan pemantauan dan orang awam dinasihatkan untuk tidak memakan kerang-kerangan dari kawasan terbabit bagi mengelakkan risiko keracunan makanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerang
#Port Dickson
#biotoksin
#JPNS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan