awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tahun Baharu Cina: Lapangan terbang serantau perkukuh pemantauan virus Nipah
PM umum pengecualian cukai 10 tahun bagi yayasan pendidikan
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kurang sihat ketika berucap, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah dihantar ke hospital

Mirlen Axtius
Mirlen Axtius
27/08/2022
12:11 MYT
Kurang sihat ketika berucap, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah dihantar ke hospital
Jahid dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I bagi rawatan lanjut selepas doktor mengesahkan Jahid berada dalam keadaan stabil.
KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim telah dimasukkan ke Hospital Pitas selepas beliau didapati kurang sihat ketika sedang berucap di Pitas.
Difahamkan Jahid yang juga Timbalan Presiden PBS dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, terdahulu merasmikan Majlis Penyerahan Sistem Bekalan Air anjuran Yayasan Petronas di Dewan Serbaguna Mangkapon, Pitas.
Setiausaha Akhbarnya, Joanes Robert Johnny berkata, dia melihat keadaan Jahid yang menunjukkan tanda kurang sihat semasa berucap.
"Semasa dia berucap tadi kami perasan dia menunjukkan tanda-tanda tidak sihat, jadi kami ambil keputusan pergi dekat dia, lepas beri minum dia air terus bawa dia duduk, rehat sebelum bawa dia ke Hospital Pitas," katanya ketika dihubungi.
Tambah beliau, Jahid kemudian dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I bagi rawatan lanjut selepas doktor mengesahkan Jahid berada dalam keadaan stabil.
“Bagi mereka yang menerima berita melalui WhatsApp, kami mengucapkan terima kasih atas doa dan keprihatinan anda terhadapnya.
"Kami juga berharap semua orang akan terus bersabar dan menunggu keputusan daripada pihak berkuasa perubatan.
"Pada masa yang sama, kami juga menyeru orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau berkongsi sebarang siaran mengenai perkara itu di media sosial," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Jahid Jahim
#Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah
#tidak sihat
#dihantar ke hospital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan