awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
Lelaki hilang dipercayai dibaham buaya di Kinabatangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kursus Asas Haji 1444H di 201 masjid seluruh negara bermula hari ini

Bernama
Bernama
25/11/2022
11:50 MYT
Kursus Asas Haji 1444H di 201 masjid seluruh negara bermula hari ini
13 siri KAH akan dijalankan di seluruh negara secara berperingkat di masjid terpilih dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri dan jawatankuasa masjid. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menganjurkan Kursus Asas Haji (KAH) 1444H/2023M bagi bakal haji di 201 masjid seluruh negara bermula hari ini hingga 17 Feb 2023.
TH dalam kenyataan hari ini memaklumkan 13 siri KAH itu akan dijalankan di seluruh negara secara berperingkat di masjid terpilih dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri dan jawatankuasa masjid.
"Keutamaan untuk menyertai KAH akan diberikan kepada bakal jemaah haji yang tersenarai menunaikan ibadat tersebut pada 2023 dan mereka yang tidak dapat mengikutinya sebelum ini disebabkan penangguhan ibadat haji selama dua tahun akibat COVID-19.
"Bagaimanapun, KAH turut terbuka kepada umat Islam Malaysia yang berminat untuk mendalami dan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan berkaitan ibadat haji dan umrah," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu KAH akan diadakan pada setiap hujung minggu bermula bulan Rabiulakhir dan merupakan kursus haji peringkat pertama yang perlu diikuti oleh bakal jemaah haji.
KAH juga bertujuan untuk melahirkan jemaah haji yang berpengetahuan ketika melaksanakan ibadat berkenaan, selain modul yang disediakan memberi penekanan kepada pelaksanaan ibadat, falsafah haji, sejarah, rukun haji dan umrah, perkara wajib haji dan umrah serta perkara berkaitan isu-isu wanita.
"TH percaya melalui KAH, bakal haji bukan sahaja dapat mempelajari ilmu berkaitan ibadat haji, malah tentang kemahiran kendiri, penjagaan kesihatan dan kebersihan, selain menghayati konsep 'istito'ah' yang menjadi kewajipan dalam pelaksanaan haji," menurut TH.
Menurut kenyataan itu lagi, bakal haji yang berminat hanya perlu mendaftar di masjid-masjid terlibat dan jadual kursus boleh disemak di laman web rasmi TH di www.tabunghaji.gov.my.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Haji
#Tabung Haji
#masjid
#umrah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan