awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kursus kewartawanan di IPT ikuti trend terkini

Bernama
Bernama
04/05/2023
01:45 MYT
Kursus kewartawanan di IPT ikuti trend terkini
Bagi melahirkan siswazah kewartawanan yang berdaya saing serta bersedia mendepani industri media, institut pengajian tinggi (IPT) memberikan penekanan kepada Mobile Journalism (MOJO) dalam program pengajian.- Gambar fail Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Bagi melahirkan siswazah kewartawanan yang berdaya saing serta bersedia mendepani industri media, institut pengajian tinggi (IPT) memberikan penekanan kepada Mobile Journalism (MOJO) dalam program pengajian.
Dekan Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Bahiyah Omar berkata, MOJO adalah satu kemestian dan penting untuk diterapkan dalam pengajian kewartawanan, selari dengan trend terkini.
Menurutnya, pembelajaran MOJO diterapkan supaya pelajar boleh menyampaikan maklumat dengan serta-merta di lokasi kejadian berbekalkan peralatan komunikasi masing-masing, apabila berada dalam industri media.
"Bukan sahaja menulis berita, wartawan kena tahu mengambil gambar, menghasilkan video yang baik, malah keseluruhan proses penerbitan berita juga dia kena tahu," katanya ketika dihubungi Bernama.
MOJO merupakan kaedah diguna pakai wartawan menggunakan teknologi komunikasi mudah alih seperti telefon pintar dan tablet untuk melaporkan berita menerusi video, audio, gambar dan grafik.
Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Program Media Baharu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Hizral Tazzif Hisham berkata, universiti itu telah mengadakan program baharu bagi mendedahkan pelajar terhadap penyampaian berita dalam bentuk media sosial.
"Di USIM, kita telah mengadakan program baharu yang memberi penekanan kepada penyediaan kandungan berita berbentuk video di media-media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok yang diperlukan industri media pada masa ini," katanya.
Hizral Tazzif yang mempunyai pengalaman sebagai wartawan di media cetak dan editor di Bernama TV berkata, etika kewartawanan dengan laporan sahih dan tepat dititikberatkan kepada pelajar bagi mengelak tersebarnya berita palsu khususnya menerusi media sosial.
Katanya, kemunculan pelbagai teknologi baharu, pada akhirnya masih memerlukan wartawan untuk menyemak fakta dan kesahihan sesuatu maklumat atau kejadian.
"Terbaharu, kita tahu penulisan berita boleh dibuat dengan cepat menerusi kecerdasan buatan (AI) seperti ChatGPT, namun sejauh mana kesahihan data yang diperoleh ini? Kita (wartawan) perlu meneliti semula maklumat yang diperoleh supaya berita yang dihasilkan itu adalah tepat," katanya.
Dalam pada itu, aspek digital dan kelangsungan media menjadi antara topik yang bakal dibincangkan dalam Forum Media sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 yang akan diadakan di Ipoh, Perak pada 27 hingga 29 Mei ini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#kursus kewartawanan
#institut pengajian tinggi
#Mobile Journalism
#Mojo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan