PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menangguhkan RM128.6 juta pembayaran semula pinjaman mikro kredit dan pinjaman keusahawanan kepada usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negeri terjejas banjir pada bulan lepas (Dis).
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata penangguhan melibatkan 65,596 usahawan PMKS atau peminjam yang terjejas dari Kelantan, Terengganu, Pahang serta Sabah.
Beliau berkata peminjam atau usahawan berkenaan yang membuat pinjaman melalui agensi-agensi di bawah Kuskop boleh memohon penangguhan sehingga tempoh maksimum enam bulan.
Agensi yang terlibat ialah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), SME Corp Malaysia, TEKUN Nasional, Bank Rakyat dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
"Penangguhan pembayaran semula pinjaman itu merupakan inisiatif kementerian bagi membantu meringankan tekanan dan bebanan yang dihadapi oleh koperasi, usahawan mikro, kecil dan sederhana di kesemua negeri yang terlibat (banjir)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kuskop dalam kenyataan sama memaklumkan pihaknya turut melaksanakan program bantuan bakul makanan pasca banjir di Kelantan dan Terengganu kepada 1,100 keluarga isi rumah terlibat banjir melibatkan peruntukan RM110,000.
Penyerahan bakul makanan kepada mangsa banjir itu akan dilaksanakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Saraswathy Kandasami bersama agensi-agensi kementerian pada 13 Jan ini di kedua-dua negeri tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 09 2023
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata penangguhan melibatkan 65,596 usahawan PMKS atau peminjam yang terjejas dari Kelantan, Terengganu, Pahang serta Sabah. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Israel serang Iran, peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal Jumaat ketika unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.
[TERKINI] Peluru berpandu Israel jatuh di Iran
Peluru berpandu dipercayai milik Israel mengenai sebuah tapak di Iran, menurut laporan ABC News memetik seorang pegawai tertinggi Amerika Syarikat (AS).
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
Kuskop terbuka kerjasama dengan institusi tawar latihan sektor tumpuan NIMP 2030
Kuskop terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana institusi pendidikan yang menawarkan kursus kemahiran dan latihan profesional.
LKAN: RM16.73 juta geran PKS tidak dibelanjakan, Kuskop jamin tangani kelemahan
Kuskop memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya sedang dilaksanakan bagi menangani kelemahan yang ditegur serta syor dalam LKAN 2021 berkaitan geran pembangunan program PKS.
Kuskop sokong koperasi sekolah beri peluang murid belajar asas keusahawanan
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) menyokong usaha koperasi sekolah yang berterusan untuk memberikan peluang kepada murid-murid mengenali asas keusahawanan.
Lima fokus utama Kuskop dalam Belanjawan 2024 - Ewon
Kuskop menggariskan lima fokus utama untuk direalisasikan menerusi Belanjawan 2024 bagi membangun ekonomi mampan dan mewujudkan negara keusahawanan yang unggul.
Kuskop lulus bantuan RM1.54 juta kepada koperasi di Selangor - Noh
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) meluluskan bantuan sebanyak RM1.54 juta kepada 34 koperasi di Selangor setakat 1 Jun tahun ini, menurut menteri berkenaan Tan Sri Noh Omar.
2,356 Sahabat Usahawan AIM di dua negeri terima bantuan banjir
Seramai 2,356 Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar (AIM) bagi Wilayah Selangor dan Kuala Lumpur menerima geran khas Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) berjumlah RM 7,068,000.