awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia intai kerjasama dengan Malaysia dalam pembangunan semikonduktor generasi baharu
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kutip 5,425 puntung rokok dalam masa 45 minit

Bernama
Bernama
14/10/2019
00:44 MYT
Kutip 5,425 puntung rokok dalam masa 45 minit
Perlu ada kesedaran supaya sampah atau puntung rokok tidak dibuang sewenang-wenangnya. - Gambar hiasan
Seramai 42 pelajar dan kakitangan Kolej UNITI, Port Dickson Negeri Sembilan merasai pengalaman baharu apabila bersama-sama penduduk setempat bergotong-royong di sekitar Pantai Chenang di sini.
Mereka bersama-sama sukarelawan Trash Hero Langkawi dan Sahabat Alam Langkawi, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pantai Chenang serta kakitangan Langkawi Destinasiku Travel and Tours Sdn Bhd membersihkan lokasi tumpuan pelancong itu.
Dalam tempoh 45 minit, aktiviti sukarela itu berjaya mengumpul 5,425 puntung rokok yang dibuang di sekitar lokasi tersebut, jumlah yang disifatkan tinggi oleh peserta terlibat.
Menurut Penasihat Kelab Kembara Kolej UNITI, Muhamad Norazwan Mohamed Ali menerusi program tersebut pelajar didedahkan mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.
"Hari ini kita melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersama peneraju utama iaitu Trash Hero Langkawi.
"Menerusi program ini kita dedahkan kepada pelajar kepentingan menjaga alam sekitar, sebagai contoh hari ini kita bersihkan pantai dan berjaya mengumpul 5,425 puntung rokok dalam tempoh 45 minit jadi perlu ada kesedaran supaya sampah atau puntung rokok tidak dibuang sewenang-wenangnya," kata pensyarah grafik Kolej UNITI itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#alam sekitar
#CSR
#gotong-royong
#Kolej UNITI
#Langkawi
#Pantai Chenang
#pelajar
#pelancong
#puntung rokok
#Trash Hero Langkawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan