awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kutipan cukai Program Pengakuan Sukarela 2.0 cecah RM128.85 juta

Bernama
Bernama
05/12/2023
06:50 MYT
Kutipan cukai Program Pengakuan Sukarela 2.0 cecah RM128.85 juta
Steven Sim Chee Keong berkata jumlah kutipan hasil cukai langsung oleh LHDNM bagi program itu adalah sebanyak RM115.63 juta. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Jumlah kutipan cukai daripada Program Khas Pengakuan Sukarela (VDP) 2.0 yang dilaksanakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), mencecah RM128.85 juta setakat 31 Okt, 2023.
Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong berkata jumlah kutipan hasil cukai langsung oleh LHDNM bagi program itu adalah sebanyak RM115.63 juta.
"Kutipan hasil cukai tidak langsung oleh JKDM sehingga 31 Okt, 2023 adalah sebanyak RM13.22 juta," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Tan Sri Low Kian Chuan mengenai jumlah terkini kutipan cukai program VDP 2.0 berkenaan.
Sim berkata kerajaan telah mengumumkan program VDP 2.0 kepada pembayar cukai dalam pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Feb, 2023 sebagai salah satu inisiatif bagi meningkatkan hasil negara, memperluaskan bilangan pembayar cukai serta meningkatkan tahap pematuhan cukai.
Program itu memberi peluang kepada orang ramai untuk membayar cukai secara sukarela tanpa sebarang penalti atau pada kadar sifar peratus bagi pengakuan sukarela dibuat dalam tempoh mulai 6 Jun, 2023 hingga 31 Mei, 2024.
Menyentuh pelaksanaan Cukai Keuntungan Modal, beliau berkata hasil cukai berkenaan adalah dianggarkan RM800 juta setahun.
Anggaran jumlah kutipan hasil daripada pelaksanaan Cukai Barang Bernilai Tinggi yang sebelum ini dikenali sebagai Cukai Barangan Mewah yang juga cukai baharu, masih di peringkat simulasi.
"Pada masa ini, Kementerian Kewangan dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan dasar serta perundangan bagi Cukai Barang Bernilai Tinggi.
"Mekanisme pelaksanaan, jenis barang dan kadar cukai bagi cukai ini akan diumumkan sebaik sahaja dimuktamadkan serta diluluskan oleh Jemaah Menteri," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Steven Sim Chee Keong
#LHDN
#pengakuan sukarela
#kutipan cukai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan