awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kutipan sampah pepejal di Johor menurun 30 peratus sejak PKP - SWM

Bernama
Bernama
17/05/2020
20:15 MYT
Kutipan sampah pepejal di Johor menurun 30 peratus sejak PKP - SWM
Operasi kutipan sampah dan pembersihan jalan adalah seperti biasa termasuk pada hari raya pertama membabitkan tenaga kerja antara 700 hingga 1,000 pekerja di seluruh Johor. - Gambar Fail
Jumlah kutipan sisa pepejal di Johor berkurangan sebanyak 30 peratus sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa 18 Mac lepas, bagi membendung penularan pandemik COVID-19.
Pengurus SWM Environment Wilayah Johor, Mohd Zan Arris berkata sebelum PKP, purata sampah yang dikutip dianggar 3,500 hingga 4,000 tan sehari dan pengurangan 30 peratus ketika PKP itu berikutan banyak premis perniagaan tidak beroperasi.
"Sepanjang tempoh PKP juga kesedaran terhadap aktiviti kitar semula meningkat di mana jumlah barang kitar semula yang dikutip meningkat 27 peratus kepada 100 tan berbanding 60 tan sebulan sebelum PKP," katanya kepada pemberita pada sidang media Strategi Operasi Aidilfitri SWM Environment di sini, pada Ahad.
Beliau berkata, pihaknya menjangkakan kadar pembuangan sisa pepejal pada perayaan Aidilfitri tahun ini juga akan menurun berikutan penularan wabak COVID-19.
Sementara itu, katanya, penganjakan jadual perkhidmatan pengurusan sisa pepejal juga akan dilaksanakan sempena sambutan perayaan Aidilfitri di negeri ini melibatkan 15 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bermula 23 Mei sehingga 30 Mei.
Bagaimanapun, perkhidmatan kutipan sampah dan kerja-kerja pembersihan di 60 kawasan tumpuan dengan kepadatan penduduk beragama Islam di sekitar Johor Bahru dan Iskandar Puteri antaranya di Bandar Baru Uda, Kampung Dato Sulaiman Menteri, Kampung Melayu dan Kampung Bendahara akan dilaksanakan seperti biasa.
Beliau berkata, bagi kawasan tumpuan ini, operasi kutipan sampah dan pembersihan jalan adalah seperti biasa termasuk pada hari raya pertama membabitkan tenaga kerja antara 700 hingga 1,000 pekerja di seluruh Johor.
"Bagi kawasan lain, tiada kutipan sampah pada hari raya pertama di mana kita akan awalkan kutipan sehari sebelum hari raya dan ia akan kembali kepada jadual asal pada hari raya kedua," katanya.
Mohd Zan berkata, kerja-kerja pembersihan awam di kawasan lain juga akan ditangguhkan pada hari raya pertama dan kedua sebelum kembali beroperasi pada 26 Mei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#koronavirus
#kutipan sisa pepejal
#Mohd Zan Arris
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#SWM Environment Wilayah Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan