awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KWSP buka semula kaunter cawangan di Selangor, Pahang mulai hari ini

Hakim Rahman
Hakim Rahman
07/07/2021
04:40 MYT
KWSP buka semula kaunter cawangan di Selangor, Pahang mulai hari ini
Pejabat cawangan dan kaunter perkhidmatan yang terlibat ialah KWSP Rawang, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, Klang, Kajang, dan Gombak di Selangor manakala di Pahang pula merangkumi KWSP cawangan Kuantan, Pekan dan Jerantut.
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuka semula beberapa pejabat cawangan dan kaunter perkhidmatan di negeri Selangor dan Pahang bermula hari ini (7 Julai).
Pejabat cawangan dan kaunter perkhidmatan yang terlibat ialah KWSP Rawang, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, Klang, Kajang, dan Gombak di Selangor manakala di Pahang pula merangkumi KWSP cawangan Kuantan, Pekan dan Jerantut.
Menurut KWSP, semua pejabat cawangan dan kaunter perkhidmatan itu akan beroperasi bermula pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari pada hari bekerja melibatkan perkhidmatan tertentu.
"Pembukaan semula pejabat cawangan dan kaunter perkhidmatan tersebut bertujuan memenuhi keperluan ahli yang ingin membuat transaksi pengeluaran umur 50, 55 dan 60 tahun; pengeluaran kesihatan; pengeluaran kematian serta penyerahan arahan bayaran (PO) dan cek jurubank bagi pengeluaran yang dibuat,
"Ahli dikehendaki membuat janji temu melalui Janji Temu Online (JTO) di http://www.kwsp.gov.my dan pihak KWSP akan menghubungi ahli bagi urusan penyerahan PO dan cek jurubank bagi pengeluaran yang telah dibuat oleh ahli," kata KWSP dalam kenyataan pada Rabu.
KWSP dalam masa sama menggalakkan ahli untuk menggunakan i-Akaun (Ahli) atau i-Akaun (Majikan) untuk transaksi yang boleh dibuat secara dalam talian.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di 03-8922 6000 atau melayari laman sesawang KWSP.
Ahli juga boleh menghubungi talian hotline di 03-8922 4848 untuk memperoleh maklumat lanjut mengenai i-Citra.
Topic Berkaitan
#KWSP
#Pahang
#Selangor
#PKPD
#kaunter
#perkhidmatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan