Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut mengambil langkah proaktif menutup pejabat di cawangan itu mulai Selasa sehingga 13 Mac bagi proses disinfeksi ruang pejabat dan kawasan persekitaran.
Menurut kenyataan KWSP semalam, pejabat itu akan beroperasi semula pada Isnin depan (16 Mac).
Penutupan pejabat itu adalah susulan seorang ahli KWSP disahkan positif COVID-19 dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
"Ahli itu berurusan di pejabat KWSP Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut pada 27 Feb 2020 (2 hingga 2.30 petang) dan disahkan positif pada 3 Mac 2020. Namun, tiada sebarang pengesahan sama ada ahli itu telah dijangkiti COVID-19 sebelum beliau berurusan di pejabat KWSP.
"Kami telah mengenal pasti pegawai KWSP yang berkemungkinan terdedah kepada ahli itu dan telah menghantar mereka untuk menjalani pemeriksaan.
"Pegawai-pegawai lain dari pejabat itu juga dikuarantin. KWSP sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk sebarang tindakan lanjutan," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, kaunter KWSP di lokasi lain akan beroperasi seperti biasa.
Bagaimanapun, ahli digalakkan membuat transaksi secara dalam talian melalui aplikasi i-Akaun kecuali bagi urusan yang memerlukan kehadiran ke kaunter KWSP.
KWSP juga telah menjalankan langkah-langkah awal pencegahan sejak Februari 2020 untuk meminimumkan risiko pendedahan kepada jangkitan COVID-19.
"Semua kaunter dan permukaan yang terdedah di premis KWSP dibersihkan secara berterusan sepanjang hari. Pegawai kaunter juga dikehendaki membersihkan tangan mereka setiap 30 minit.
"Pelawat-pelawat juga perlu menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis KWSP," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 10 2020
KWSP telah menjalankan langkah-langkah awal pencegahan sejak Februari 2020 untuk meminimumkan risiko pendedahan kepada jangkitan COVID-19. - Gambar hiasan
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Petronas keluarkan amaran scam pelaburan palsu guna nama CEO, syarikat tanpa kebenaran
Petronas berkata ia mengambil maklum mengenai satu penipuan pelaburan melibatkan penggunaan tanpa izin bagi nama dan logo syarikat.
KPDNHEP, platform e-dagang bekerjasama bendung penjualan minyak masak dalam talian
KPDNHEP bekerjasama dengan beberapa penyedia platform e-dagang tempatan dalam usaha membendung aktiviti penjualan minyak masak secara dalam talian.
Dua sekolah di Sanglang ditutup, pembelajaran dijalankan atas talian - MB Perlis
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man menjelaskan, ia sebagai satu langkah yang perlu dilaksanakan.
KLWBC 2020: Raikan pesta buku atas talian terbesar di Malaysia
Tahun ini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2020 yang dibatalkan akibat persekitaran Covid-19 pada April lalu.
Normal Baharu: Temu janji doktor dan pesakit secara dalam talian
IJN sedang melakukan kajian bagi membolehkan pesakit tidak perlu ke hospital sebaliknya hanya melakukan temujanji dalam talian.
Normal baharu: Prosiding Mahkamah Rayuan disiar secara langsung bermula esok
Buat pertama kalinya dalam sejarah badan kehakiman negara, pendengaran kes di Mahkamah Rayuan akan disiarkan secara langsung dalam talian.
Masyarakat Sikh sambut tahun baharu secara maya melalui e-Vaisakhi
Selain merupakan tahun baharu kepada masyarakat Sikh, Vaisakhi juga merupakan festival menuai musim bunga.
COVID-19: Ketika atau selepas PKP, seniman jangan berhenti berkarya - Nizam Rahmat
Nizam berharap seniman tidak berhenti berkarya biarpun pameran fizikal tidak dapat diadakan.
Berniaga dalam talian, pasarkan di kawasan kejiranan cara terbaik 'cari makan' semasa PKP
Melalui kaedah itu, peniaga dapat memastikan bahawa barangan, terutama makanan untuk juadah berbuka, yang dipesan oleh pelanggan sampai dengan cepat.
KWSP Jalan Raja Laut ditutup bagi proses disinfeksi bermula Selasa
Penutupan pejabat itu adalah susulan seorang ahli KWSP disahkan positif COVID-19 dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.