awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reformasi MADANI perlu lebih daripada pendekatan rutin, kata PM Anwar
Iran nafi hukuman mati ketika Trump ancam ambil tindakan tegas
Diet Trump "sangat tidak sihat", didominasi makanan segera, gula-gula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KWSP lantik Mohamad Hafiz sebagai CIO, Ahmad Rizal sebagai CFO

Bernama
Bernama
01/12/2025
07:30 MYT
KWSP lantik Mohamad Hafiz sebagai CIO, Ahmad Rizal sebagai CFO
Ahmad Rizal Omar (kiri) dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) manakala Mohamad Hafiz Kassim sebagai Ketua Pegawai Pelaburan (CIO) KWSP yang baharu. - Foto KWSP
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melantik Mohamad Hafiz Kassim sebagai Ketua Pegawai Pelaburan (CIO) yang baharu dan Ahmad Rizal Omar sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO), kedua-duanya berkuat kuasa hari ini.

Ringkasan AI
  • Mohamad Hafiz Kassim dilantik sebagai Ketua Pegawai Pelaburan (CIO) baru KWSP menggantikan Rohaya Mohammad Yusof.
  • Ahmad Rizal Omar pula dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) menggantikan Mohamad Hafiz.
  • Ahmad Zulqarnain Onn, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, yakin pelantikan baru ini akan memperkukuh strategi pelaburan dan pengurusan kewangan KWSP untuk memberikan pulangan yang berdaya tahan kepada ahli.

Menurut KWSP dalam kenyataan, Mohamad Hafiz menggantikan Rohaya Mohammad Yusof, yang telah menerajui Bahagian Pelaburan selama lebih lima tahun manakala Ahmad Rizal, sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Kewangan, menggantikan Mohamad Hafiz sebagai CFO.
"Mohamad Hafiz telah berkhidmat di KWSP sejak 2008, memegang pelbagai jawatan kepimpinan kanan merentasi portfolio ekuiti persendirian, pasaran persendirian, pasaran modal dan hartanah.
"Pengalaman luas beliau merentasi Bahagian Kewangan dan Pelaburan, digabungkan dengan pengetahuan institusi yang mendalam, menjadikan beliau calon yang tepat untuk menerajui strategi pelaburan KWSP ke hadapan," katanya.
Katanya Ahmad Rizal merupakan seorang akauntan bertauliah dengan pengalaman lebih 20 tahun, mempunyai kepakaran dalam penilaian pelaburan, kewangan korporat dan pengurusan kewangan.
"Sebelum menyertai KWSP, beliau berkhidmat sebagai CFO di PLUS Malaysia Bhd serta memegang jawatan kanan di Istanbul Sabiha Gokcen International Airport, Malaysia Airports Holdings Bhd, Khazanah Nasional Bhd dan Axiata Group Bhd," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Ahmad Zulqarnain Onn berkata pelantikan Mohamad Hafiz membawa pengalaman yang luas, kepimpinan yang mantap serta pemahaman yang tinggi terhadap falsafah pelaburan jangka panjang KWSP.
Beliau berkata latar belakangnya dalam bidang pelaburan dan kewangan menempatkan beliau sebagai individu yang tepat untuk menerajui portfolio penting ini.
"Kami yakin bahawa di bawah kepimpinan beliau, KWSP akan terus memberikan pulangan yang berdaya tahan dan mampan kepada ahli.
"Kami juga mengucapkan tahniah kepada Ahmad Rizal atas pelantikan sebagai CFO yang baharu. Kepimpinan dan kepakaran kewangan beliau akan terus memperkukuh pengurusan kewangan dan tadbir urus KWSP," katanya.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#KWSP
#Mohamad Hafiz Kassim
#ketua pegawai pelaburan
#Ahmad Rizal Omar
#Ketua Pegawai Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan