awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KWSP sebagai cagaran pinjaman hanya untuk kes tertentu sahaja - Anwar

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
11/03/2023
06:17 MYT
KWSP sebagai cagaran pinjaman hanya untuk kes tertentu sahaja - Anwar
Anwar berkata, kaedah itu boleh ditawarkan kepada mana-mana pencarum KWSP yang 'terdesak' untuk mendapatkan pinjaman kewangan. - Gambar/ Bernama
IPOH: Hanya pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tertentu sahaja akan diberi pertimbangan menggunakan caruman di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, syarat kaedah itu bagaimanapun akan diperketatkan.
Beliau menegaskan, mereka tetap tidak dibenarkan mengeluarkan caruman daripada KWSP melalui pengeluaran bersasar seperti dilakukan sebelum ini.
"Kita tak bagi, kita dah kata... dah keluarkan (sebelum ini), ini bukan lagi (tempoh sekatan akibat) COVID-19. Orang (sudah) mula kerja.
"Tapi ada beberapa kes, seperti mana saya sebut... kalau dengar ucapan saya, ada kes yang terdesak, umpamanya... walaupun dia ada wang tapi dia tak boleh bayar yuran pendidikan anak dia di luar negara... kes-kes seperti itu kita telitilah tapi kita tak benarkan dia ambil daripada KWSP dan syarat-syaratnya diperketat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023 di Stadium Indera Mulia, Ipoh pada Sabtu.
Menurutnya, perkara tersebut telah dibincangkan terlebih dahulu dengan pihak KWSP.
Ketika sesi penggulungan usul Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Khamis, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memperkenalkan kaedah yang membolehkan pencarum KWSP menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan.
Jelasnya, kaedah itu boleh ditawarkan kepada mana-mana pencarum KWSP yang 'terdesak' untuk mendapatkan pinjaman kewangan dengan cagaran daripada agensi terbabit.
Bagaimanapun, beberapa pihak menyifatkan cadangan itu sebagai tidak bijak, umpama membuat hutang baharu untuk menjelaskan hutang lama.
Topic Berkaitan
#KWSP
#Anwar Ibrahim
#pinjaman bank
#cagaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan