awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM patahkan 7,097 kes cubaan seludup, nilai sitaan capai RM1.88 bilion pada 2025
Pemandu teksi, pengusaha bas sekolah di Pulau Pinang terima insentif RM600 mulai Mac - Exco
Bekas Menteri Agama Indonesia dinamakan suspek kes rasuah kuota haji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KWSP tutup sementara cawangan Pekan berikutan PKPD

Bernama
Bernama
11/04/2021
05:53 MYT
KWSP tutup sementara cawangan Pekan berikutan PKPD
Ahli dan majikan masih boleh menggunakan perkhidmatan dalam talian KWSP, iaitu i-Akaun (Ahli) dan i-Akaun (Majikan), yang beroperasi seperti biasa. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menutup sementara pejabat dan kaunter di Pekan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) untuk daerah Pekan di negeri Pahang berkuat kuasa dari 9 hingga 22 April 2021.
Dalam kenyataan hari ini, KWSP berkata sehubungan itu, semua permohonan Janji Temu Online (JTO) ke KWSP Pekan akan dibatalkan serta-merta.
"Ahli yang telah membuat janji temu di pejabat Pekan yang dijadualkan dalam tempoh PKPD perlu membuat semula janji temu mereka setelah perintah kawalan tamat," katanya.
Bagaimanapun, katanya ahli dan majikan masih boleh menggunakan perkhidmatan dalam talian KWSP, iaitu i-Akaun (Ahli) dan i-Akaun (Majikan), yang beroperasi seperti biasa.
Katanya pembayaran caruman masih boleh dibuat melalui perbankan internet atau ejen bank berdaftar di kaunter serta ahli dan majikan disaran untuk mendapatkan maklumat daripada saluran rasmi KWSP sahaja.
Bagi penjelasan lebih lanjut, sila hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan di talian 03-8922 6000.
"Pada masa mencabar ini, KWSP komited untuk terus memberikan perkhidmatan kepada ahli di cawangan atau saluran digital. Kesihatan dan keselamatan ahli serta anggota KWSP tetap menjadi keutamaan. Segala kesulitan amatlah dikesali," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KWSP
#PKPD
#perintah kawalan pergerakan
#EPF
#COVID-19
#i-sinar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan