SERDANG: Berita baik buat peminat siri animasi popular Didi & Friends, anda boleh menyertai 'Ladang Didi & Friends' dalam Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA) 2022 bermula 4 hingga 14 Ogos ini.
Pameran itu dianjurkan buat julung-julung kali dengan kerjasama Kelab MAFI, Astro Malaysia dan Warnakala Studios Sdn Bhd.
Bermula pukuk 10 . pagi hingga 10 malam, setiap pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik dalam pameran yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini.
Menurut wakil Astro, Izrol Izzuddin Ahmad Jamalun Nahar, penglibatan animasi Didi & Friends dalam pameran MAHA 2022 dijangka dapat mendidik pengunjung mengenai pertanian.
"Kami sangat berbangga Didi & Friends menjadi sebuah animasi yang digemari kanak-kanak dan sesuai untuk dijadikan sebagai hiburan yang mampu mendidik mereka dalam pelbagai topik.
"Buat pertama kalinya, Didi & Friends menyertai dan menyokong pameran MAHA 2022 ini dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang bukan sahaja mampu memberi mereka pengalaman yang baharu, tetapi juga memberi mereka pencerahan tentang pertanian serta kebaikan bercucuk tanam, sayur-sayuran dan buah-buahan.
"Kami berharap semua yang menyertai pameran ini dapat menimba pengetahuan dan berhibur sepenuhnya bersama-sama dengan karakter-karakter kegemaran mereka," jelasnya.
Sementara itu, pengasas dan Pengarah Strategi Kreatif Warnakala Studios, Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian berkata, kolaborasi itu dijangka memberi pengalaman berbeza buat peminat siri animasi berkenaan.
“Kami berharap kolaborasi bersama pihak Kelab MAFI pada kali ini mampu memberi pengalaman yang berbeza daripada sebelumnya, pengalaman yang lebih meriah kepada kanak-kanak khususnya yang meminati Didi & Friends.
"Bukan itu sahaja, kami juga berharap bahawa Didi & Friends akan sentiasa menjadi teman kepada kanak-kanak dalam perjalanan mereka untuk menerokai pelbagai ilmu yang bermanfaat sekali gus mengisi masa lapang mereka dengan keseronokan," jelasnya.
Antara aktiviti yang disediakan ialaha persembahan muzikal mini Didi & Friends bertemakan 'Ladang Pak Atan' di mana kanak-kanak dan ibu bapa boleh menyanyi dan menari bersama karakter kegemaran mereka.
Muzikal mini anjuran Kelab MAFI ini akan berlangsung pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula pukul 12 tengah hari, 2 petang, 4 petang, 6 petang dan 8 malam selama 30 minit bagi setiap persembahan.
Turut disediakan aktiviti pembelajaran dalam bentuk hiburan dengan suasana ladang mengenai kepentingan pertanian dan industri makanan.
Ibu bapa juga boleh beriadah bersama anak mereka ke gerai-gerai menarik disediakan di Pekan Horey dengan tawaran jualan istimewa Didi & Friends termasuk barangan permainan, makanan serta minuman.
Bagi yang berminat boleh mendapatkan tiket di pintu masuk pameran atau di laman sesawang tickets2u.com.my untuk maklumat lanjut.
Fareez Azman
Fri Aug 05 2022

Peminat siri animasi popular Didi & Friends boleh menyertai 'Ladang Didi & Friends' dalam Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA) 2022 bermula 4 hingga 14 Ogos ini.

"Inilah manusia bila tak ada kerja sibuk iddah orang" - Puteri Sarah Liyana
Puteri Sarah beri amaran kepada bekas menantu pelakon Kazar Saisi untuk simpan duit bayar saman.

PM akui wujud keresahan kenaikan harga barang, MOF sedia tampung kesan kenaikan
MOF sedia menampung dan memberi bantuan tambahan bagi mengimbangkan kesan kenaikan harga barangan kepada rakyat.

Tiada caj dikenakan ke atas peniaga Duitnow QR pada masa ini - Maybank
Semua peniaga boleh terus menerima pembayaran Duitnow QR tanpa caj, seperti amalan hari ini, kata Maybank.

Mangsa banjir di Kedah meningkat ke 1,908 orang
Bilangan mangsa banjir di Kedah terus peningkatan apabila 1,908 mangsa daripada 576 keluarga dipindahkan di 15 PPS.

Rombakan Kabinet: "Saya terfikir... tapi tidak mendesak sangat" - PM Anwar
Perdana Menteri tidak menolak kemungkinan akan membincangkan mengenai rombakan Kabinet ketika beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Warga Indonesia maut insiden runtuhan struktur rumah
Kemalangan di tempat kerja itu berpunca akibat runtuhan struktur rumah ketika kerja-kerja pembaikan dilakukan.

Kementerian Kewangan akan pulangkan semula aset Tabung Haji - PM
Keputusan itu dibuat selepas MOF berpuas hati dengan prestasi kewangan TH yang semakin baik.
Pasaran Tempatan: Prestasi mingguan FBM KLCI
MIDF Research membawakan perkembangan terkini prestasi mingguan FBM KLCI setiap Jumaat.
Data & Statistik: Prestasi ringgit setakat 29 September
Bersama Niaga AWANI membawakan perkembangan terkini mengenai prestasi ringgit hari ini.
Peruntukan RM1.2 juta Dapur Asnaf MAINJ
Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) memperuntukkan RM1.2 juta dalam Program Dapur Asnaf tahun ini, bagi membantu 6,000 golongan asnaf seluruh Johor. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata inisiatif itu bertujuan meringankan bebanan kos bulanan berikutan kenaikan harga barangan ketika ini.

Ladang Didi & Friends menanti peminat di pameran MAHA 2022
Ladang Didi & Friends di MAHA 2022 dijangka memberi pengalaman berbeza buat peminat siri animasi berkenaan.

Produk tenusu Summerfield, Didi & Friends promosi susu sebagai makanan sihat
Didi & Friends bersama produk tenusu, Summerfield akan mempromosikan susu sebagai makanan sihat kepada masyarakat terutamanya kepada kanak-kanak.

'Takkan Tak Tahu' Didi & Friends raih hampir 3 juta tontonan dalam masa seminggu
Animasi Didi & Friends hadir dengan sebuah lagu baharu berjudul Takkan Tak Tahu duet bersama dengan juara Big Stage musim pertama, Sarah Suhairi.

COVID-19: Lagu baharu Didi & Friends ajar langkah mudah cegah jangkitan
Terbaharu, siaran siri kanak-kanak popular, Didi & Friends, terbitan Digital Durian itu melancarkan lagu baharu berjudul Jom Lawan Coronavirus.

Didi & Friends rangkul anugerah 'Program Prasekolah Terbaik' di Asian Television Awards ke-24
Rancangan Didi & Friends telah berjaya memenagi anugerah 'Program Prasekolah Terbaik' di Asian Television Awards Ke-24 di Manila.

Cuti sekolah lebih menarik dengan pelbagai program di Astro
Sempena musim cuti sekolah ini, Astro akan menyajikan lebih 9,000 kandungan untuk anda tonton bersama dengan kelurga.

"Lagu tak payah cakap, memang dia dah hafal" - Anak Tomok peminat Tegar Didi & Friends
Penyanyi Tomok akui anak sulungnya Arrianshah Akid, 5, merupakan peminat tegar animasi kanak-kanak popular, Didi & Friends.

Siti Nurhaliza nyanyi lagu Didi & Friends pun sedap...
Selepas empat bulan dikuarantin, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin meluangkan masa ke studio untuk membuat rakaman lagu kanak-kanak siri animasi popular, Didi & Friends.

Cerita-Cerita Didi & Friends disiarkan bermula 14 Ogos ini
Istimewa sempena cuti sekolah bulan depan, Astro Ceria bersama Digital Durian bakal mempersembahkan siri animasi Cerita-Cerita Didi & Friends 39 episod bermula 14 Ogos ini.