KUALA PILAH: Satu lagi aktiviti disyaki perlombongan haram nadir bumi (REE) ditemukan di kawasan tanah pertanian di Sungai Muntoh, Titi, Jelebu pada Khamis lalu selepas aktiviti sama dikesan di Kampung Sikai, Seri Menanti dekat sini.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pihaknya mendapat maklumat berhubung aktiviti itu pada jam 5 petang sebelum Pejabat Tanah Galian (PTG) Negeri Sembilan diarahkan untuk mengambil tindakan.
"Pada jam 10.30 malam kita menemui lokasi berkenaan di lot tanah persendirian dan nampaknya ia masih aktif di situ namun tiada tangkapan dibuat di lokasi.
"Saya dimaklumkan lot tanah kerajaan juga terlibat, bagaimanapun keluasan sebenar aktiviti itu masih belum dapat dipastikan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis sambutan Hari Antidadah 2023 peringkat Negeri Sembilan dan Karnival Mega Belia Beliawanis MPKK DUN Seri Menanti bersama Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah di Stadium Bola Ngoca pada Sabtu.
Dalam pada itu Aminuddin turut berharap masyarakat dapat memberikan maklumat sekiranya terdapat aktiviti seumpama ini kerana aktiviti terbabit dijalankan di kawasan yang agak pedalaman dan sukar dikesan.
"Kita akan terus mencari aktiviti perlombongan haram berkenaan dengan kerjasama pentadbiran daerah dan pemberi maklumat juga akan mendapat habuan yang dijanjikan," katanya.
Menurutnya, aktiviti perlombongan REE itu dilihat lebih mudah berbanding aktiviti korek pasir atau kuari kerana melibatkan aktiviti kecil namun hasilnya lumayan.
"Kita sebenarnya di peringkat pusat sedang mengkaji kesan-kesannya dan prosedur operasi standard (SOP) untuk perlombongan (REE) masih (dimaklumkan) dalam peringkat akhir," katanya.
Media pada Rabu lalu, melaporkan aktiviti disyaki perlombongan haram nadir bumi ditemukan di Kampung Sikai, Seri Menanti di Kuala Pilah pada 16 Mei lalu melalui aduan yang diterima oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah.
Susulan penemuan tersebut, siasatan bersepadu oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan dan Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan dan Melaka dengan bantuan Polis Di Raja Malaysia telah dijalankan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 27 2023
Aktiviti disyaki perlombongan haram nadir bumi ditemukan di Kampung Sikai, Seri Menanti di Kuala Pilah pada 16 Mei lalu. - Gambar fail/ Sinar Harian
Raih RM35.3 juta, Sheriff kini filem No. 1 dengan kutipan tertinggi tahun ini
Kejayaan ini menyaksikan Sheriff mengetepikan filem besar antarabangsa dan terus mendominasi carta kutipan tahun ini.
MOM jangka 10 lagi atlet akan raih tiket ke Olimpik Paris
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan bahawa sebanyak 18 atlet kebangsaan daripada tujuh jenis sukan layak ke Olimpik Paris 2024 setakat hari ini.
Kelas terapung atasi masalah sekolah padat - Fadhlina
Pelaksanaan kelas terapung di sekolah-sekolah yang mempunyai kepadatan tinggi dapat membantu mengatasi isu kesesakan pelajar.
Tak tinggal sebumbung, Nora Danish akui rumah tangga bergolak
Nora mengakui rumah tangga yang dibina tujuh tahun lalu goyah, namun mereka berdua sedang berusaha untuk menangani kemelut tersebut.
Penolong pegawai perubatan didenda RM3,000 terima rasuah urus jenazah
Seorang penolong pegawai perubatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh didenda RM3,000 kerana menerima rasuah berkaitan kerja pengurusan jenazah.
KBS laksana kajian impak penganjuran Sukan SEA 2027
Mesyuarat mengenai perkara itu masih berjalan dengan penglibatan pelbagai pihak bagi mengenal pasti kelebihan dan kekurangan.
19 individu ditahan dipercayai terbabit sindiket pelaburan palsu
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita tempatan serta empat lelaki warga asing berusia antara 16 hingga 38 tahun.
[TERKINI] Selamatkan Gaza: Dialog dua Perdana Menteri di Mesyuarat Khas WEF Arab Saudi
Tiga PM iaitu PM Palestin, Jordan dan Mesir serta wakil PBB di Gaza duduk sepentas berdialog secara langsung mencari formula menyelamatkan Gaza yang menjadi pusat graviti kepada kestabilan rantau Asia Barat.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak - Azalina
Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
Piala Asia B-23: Indonesia tekad roboh benteng kebal Uzbekistan
Bintang skuad Garuda Muda, Witan Sulaeman, teruja dengan peluang untuk melakar lebih banyak sejarah ketika membuat persiapan menghadapi aksi separuh akhir PIala Asia B-23 malam ini.
Lombong emas secara haram, lelaki didenda RM50,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang lelaki RM50,000 selepas mengaku bersalah melombong emas secara haram di Hutan Simpan Kekal Kechau dalam daerah Lipis, dekat sini, Mac lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
10 pakar dikerah bantu usaha menyelamat pelombong terperangkap
Operasi mencari dan menyelamat melibatkan lebih 220 anggota Basarnas, polis dan tentera telah dikerah di Pancurendang.
Lagi aktiviti perlombongan haram nadir bumi dikesan di Negeri Sembilan
Satu aktiviti disyaki perlombongan haram nadir bumi (REE) ditemukan di kawasan tanah pertanian di Sungai Muntoh, Titi, Jelebu pada Khamis lalu.
Lombong emas haram runtuh di Sulawesi Tengah, misi menyelamat mangsa dipergiat
Setakat ini, kira-kira 15 orang berjaya diselamatkan manakala tiga sudah disahkan maut.
Lombong haram bijih timah ditemui dalam hutan simpan di Hulu Perak
Hasil pemeriksaan, dua pelombong ditahan dan enam motosikal serta peralatan perlombongan dan khemah disita.
60 tertimbus bawah runtuhan lombong emas di Sulawesi
Setakat jam 5 pagi waktu tempatan, seorang dijumpai maut akibat runtuhan tersebut manakala 13 yang lain telah diselamatkan.