awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lagi bot pemancing karam: Seorang hilang, seorang selamat

Petrus Bernard
Petrus Bernard
05/07/2020
08:40 MYT
Lagi bot pemancing karam: Seorang hilang, seorang selamat
Operasi SAR sedang dijalankan beberapa agensi termasuk APMM, PPM dan TLDM bagi mengesan mangsa yang masih hilang.
Seorang bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hilang manakala rakannya selamat selepas bot mereka karam dipukul ombak di perairan Pulau Mabul, dekat sini, pada Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, bot dinaiki Mahmur Ajae, 45, dan rakannya, Salimin Paludin, 44, yang juga bekas anggota TLDM terbalik ketika cuaca buruk.
Difahamkan, Salimin sempat menghubungi abangnya untuk meminta lelaki itu melaporkan kejadian berkenaan kepada polis bagi mendapatkan bantuan selepas bot berkenaan karam.
Salimin kemudian ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna pada 9.45 pagi dan dihantar ke Hospital Semporna untuk mendapatkan rawatan.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan, berkata operasi SAR sedang dijalankan membabitkan lima sektor pencarian seluas 101 batu nautika persegi.
"SAR diaktifkan pada 1.30 tengah hari semalam selepas menerima panggilan PPM mengenai kejadian terbabit pada 10.45 pagi.
"Ketika ini aset terlibat mencari mangsa hilang adalah aset Maritim Semporna iaitu Bot Ronda Banggi 09, Banggi 10 serta Banggi 31, selain itu operasi berkenaan turut dibantu anggota dan aset PPM, bomba serta Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)," katanya.
Kedua-dua mangsa dikatakan turun ke laut pada petang Jumaat untuk memancing sebelum kejadian itu berlaku.
Topic Berkaitan
#APMM
#bot karam
#Hospital
#lemas
#Malaysia
#Semporna
#tentera
#TLDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan