awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lagi harimau kumbang masuk perangkap

Sinar Harian
Sinar Harian
27/09/2023
06:39 MYT
Lagi harimau kumbang masuk perangkap
Harimau kumbang berkenaan dipercayai datang dari Hutan Simpan Kekal (HSK) berdekatan Kampung Ulu Beting. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA PILAH: Seekor lagi harimau kumbang masuk ke dalam perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pada awal pagi Rabu di Kampung Ulu Beting di sini.
Ia menjadikan dua ekor harimau kumbang yang ditangkap di lokasi sama iaitu berhampiran sebuah rumah milik pasangan suami isteri, selepas seekor daripadanya ditangkap pada 18 September lepas.
Suri rumah, Rusmazaiti Kamarulzaman, 31, berkata, beliau tidak menyedari sejak bila haiwan berkenaan masuk perangkap berkenaan, namun mengakui terdengar bunyi bising.
"Selepas seekor ditangkap minggu lalu, Perhilitan pasang semula perangkap pada hari Sabtu lepas. Kami meletakkan umpan sama iaitu anak anjing.
"Berkemungkinan harimau itu masuk perangkap pada awal pagi tadi, namun saya tidaklah memeriksanya walaupun ada terdengar bunyi bising," katanya pada Rabu.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan empat beranak cemas apabila seekor harimau kumbang muncul di hadapan rumahnya.
Dua ekor anjing yang menjaga kebun mereka hilang tanpa jejak rupa-rupanya menjadi mangsa haiwan tersebut.
Harimau kumbang berkenaan dipercayai datang dari Hutan Simpan Kekal (HSK) yang berdekatan lokasi penempatan tersebut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#harimau kumbang
#Kuala Pilah
#Kampung Ulu Beting
#Perhilitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan