awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lagi kakitangan Hospital Kajang didakwa rasuah pengurusan jenazah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
09/12/2021
03:18 MYT
Lagi kakitangan Hospital Kajang didakwa rasuah pengurusan jenazah
Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Fariq didakwa menerima rasuah berjumlah RM1,750 antara 28 Apr 2020 dan 5 Feb 2021. - Foto BERNAMA
IPOH: Seorang lagi kakitangan Hospital Kajang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menerima rasuah berhubung pengurusan jenazah sejak April tahun lalu.
Tertuduh, Penolong Pegawai Perubatan, Mohd Fariq Ariffin, 34 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim M. Bakri Abd. Majid.
Semalam, tiga kakitangan hospital sama didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan yang sama.
Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Fariq didakwa menerima rasuah berjumlah RM1,750 antara 28 Apr 2020 dan 5 Feb 2021.
Dia yang bertugas di Unit Forensik Hospital Kajang didakwa melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Cawangan Bercham, Ipoh.
Dia didakwa di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) Akta sama.
BACA: Rasuah pengurusan jenazah: SPRM tahan 5 kakitangan hospital
Sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin untuk kesemua pertuduhan di samping syarat tambahan melaporkan diri di pejabat SPRM setiap awal bulan selain menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Mahkamah turut membenarkan kes dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk disebut semula pada 10 Januari tahun hadapan bersama beberapa tertuduh lain.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab manakala tertuduh diwakili Peguam Syahrul Nizam.
Topic Berkaitan
#Rasuah
#Hospital Kajang
#pengurusan jenazah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan