awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lagi laporan salah laku seks penceramah bebas, polis tubuh pasukan siasatan khas - Bukit Aman

Astro Awani
Astro Awani
01/12/2020
09:20 MYT
Lagi laporan salah laku seks penceramah bebas, polis tubuh pasukan siasatan khas - Bukit Aman
Huzir meminta meminta individu yang pernah menjadi mangsa gangguan seksual oleh suspek untuk segera tampil membuat laporan.
KUALA LUMPUR:Polis secara keseluruhan kini sudah menerima tujuh laporan terhadap seorang penceramah bebas yang kini direman bagi membantu siasatan berhubung kes rogol.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, dua kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
"Satu kertas siasatan pula dibuka mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan iaitu melakukan seks luar tabii dan selebihnya di bawah Seksyen 354 kanun sama iaitu mencabul.
"Semua mangsa berusia antara 22 hingga 26 tahun," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.
BACA: Penceramah bebas direman disyaki rogol kenalan wanita
BACA: Lagi laporan ke atas penceramah bebas, cabul penuntut kolej
BACA: Reman pendakwah muda disambung lima hari lagi
Beliau berkata, polis percaya ada mangsa lain akan tampil membuat laporan polis terhadap suspek dan pihaknya sudah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes melibatkannya.
Mengulas lanjut, Huzir berkata, siasatan mendapati suspek dipercayai menggunakan kedudukannya yang dikenali ramai itu untuk mengajak mangsa keluar sebelum melakukan perbuatan terkutuk.
"Polis juga mendapati mangsa berkenalan dengan suspek menerusi mesej peribadi di laman Instagram sebelum dipelawa untuk berkenalan dan keluar makan.
"Kemudian suspek memperdaya dan memerangkap mangsa untuk dibawa ke rumahnya rumahnya," katanya.
Beliau meminta individu yang pernah menjadi mangsa gangguan seksual oleh suspek untuk segera tampil membuat laporan.
Suspek pernah menyertai sebuah rancangan realiti keagamaan pada 2016 sebelum popular sebagai penyanyi dan pelakon.
Topic Berkaitan
#penceramah bebas
#pendakwah muda
#rogol
#cabul
#seks luar tabii
#reman
#Bukit Aman
#peserta realiti keagamaan
#Huzir Mohamed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan