awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lagi rakyat Malaysia, RJ Nagarajan berjaya tawan Everest

Fareez Azman
Fareez Azman
22/05/2023
09:56 MYT
Lagi rakyat Malaysia, RJ Nagarajan berjaya tawan Everest
Nagarajan tiba di puncak Gunung Everest pada ketinggian 8,850 meter dari aras laut itu tepat jam 10.30 pagi Isnin.
KUALA LUMPUR: Seorang lagi anak Malaysia, RJ Nagarajan, 59, berjaya menawan puncak Gunung Everest pada Isnin.
Perkara itu dimaklumkan Pengasas Program Misi ZEROTO8000, Mohd Khafiz Bachok dalam kenyataan media sebentar tadi.
Nagarajan tiba di puncak Gunung Everest pada ketinggian 8,850 meter dari aras laut itu tepat jam 10.30 pagi Isnin.
"Tahniah buat seorang lagi anak Malaysia, RJ Nagarajan, 59, yang berjaya mendaki puncak tertinggi dunia Gunung Everest pada ketinggian 8,850 meter dari aras laut tepat jam 10.30 pagi ini.
"Beliau juga menjadi rakyat Malaysia ke-4 berjaya mendaki semua tujuh puncak tertinggi di tujuh benua yang di kenali sebagai “World 7 Summit”. World 7 Summit merupakan antara pencapaian tertinggi di dunia dalam dunia pendakian," jelasnya.
Tambahnya, Nagarajan merupakan seorang pendaki daripada pasukan ZEROTO8000 dan kejayaannya itu bagi menyampaikan mesej semangat Malaysia berdikari dalam mengejar impian dan mencipta kejayaan.
"Menurut beliau, setiap rakyat Malaysia harus berusaha berdikari dalam mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang.
"Beliau sendiri melakukan semua pendakian ini dengan bekerja keras mengumpul dana sendiri dan kini terbukti beliau telah berjaya dan semangat inilah yang sedang diterapkan di dalam minda rakyat Malaysia oleh ZEROTO8000, bukan hanya dalam aktiviti pendakian, tetapi dalam apa jua impian yang dimiliki oleh mereka," jelas Mohd Khafiz lagi.
Sebelum ini Nagarajan berjaya mendaki puncak tertinggi di beberapa benua antaranya Gunung Aconcagua di Argentina dengan ketinggian 6,961 meter, Gunung Denali, Amerika Syarikat (6,194 meter).
Selain itu beliau turut berjaya mendaki puncak Gunung Kilimanjaro, Tanzania (5,895 meter), Gunung Elbrus di Rusia (5,642 meter), Gunung Vinson di Antartika (4,892 meter) dan gunung Kosciuszko di Australia dengan ketinggian 2,228 meter.
Topic Berkaitan
#Everest
#pendaki negara
#RJ Nagarajan
#ZEROTO8000
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan