MALAYSIA
Lagu 'Bangun, Kita Bagi Jadi' CIMB semarak nilai positif, ketahanan rakyat Malaysia

Dari kiri, Toni Darusman, Aman RA dan Azizulhasni pada majlis pelancaran lagu baharu CIMB, 'Bangun, Kita Bagi Jadi'. - Foto CIMB
DALAM semangat menyambut Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-68, CIMB Bank Berhad memperkenalkan lagu dan muzik video baharu bertajuk 'Bangun, Kita Bagi Jadi', hasil kolaborasi bersama penyanyi rap terkenal negara, Aman RA, dan ikon sukan negara, Datuk Azizulhasni Awang.
Langkah ini adalah sebahagian daripada gerakan sosial CIMB, 'Kita Bagi Jadi', yang bertujuan memperkasa rakyat Malaysia melalui budaya dan seni, selari dengan matlamatnya 'Memperkasakan Pelanggan dan Masyarakat'.
Lagu 'Bangun' yang asalnya ditulis oleh Aman RA, kini diberi nafas baharu dengan mesej yang lebih mendalam tentang ketahanan dan harapan.
“Lagu ini adalah cerminan semangat rakyat Malaysia yang tidak pernah putus asa. Saya bangga dapat bekerjasama dengan CIMB untuk menyampaikan mesej ini kepada generasi baharu,” kata Aman RA.Muzik video tersebut menampilkan perjalanan peribadi Aman RA dan Azizulhasni, dua figura dari latar belakang berbeza yang berkongsi nilai daya tahan dan inspirasi.
Ia turut memaparkan kisah rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat - termasuk usahawan, pelajar dan artis muda - yang berjaya mengatasi cabaran hidup dengan sokongan program dan produk CIMB.
Toni Darusman, Ketua Pegawai Jenama dan Pemasaran Kumpulan CIMB Group berkata, 'Kita Bagi Jadi' adalah ekspresi kreatif matlamat pihaknya.
"Fasa pertama kempen menyaksikan kami bekerjasama dengan jaguh sukan Malaysia seperti S Sivasangari, Azizulhasni dan terbaharu, Amer Harris, dalam menyokong perjalanan mereka mencapai impian dalam arena sukan.
"Muzik dan sukan telah lama menjadi ejen perpaduan dan sering menghimpunkan masyarakat untuk meraikan atau menyokong pasukan mereka.
"Kini, 'Bangun, Kita Bagi Jadi' adalah gabungan terbaik dua personaliti daripada latar belakang berbeza," katanya.
Menurutnya, CIMB berharap lagu tersebut menjadi peringatan kepada semua pihak terhadap semangat ‘Kita Bagi Jadi’ yang dibawa mereka.
Dengan pelancaran ini, CIMB bukan sahaja meraikan Hari Kebangsaan, tetapi juga mengangkat suara dan semangat rakyat Malaysia melalui seni yang menyentuh jiwa.
CIMB Artober ialah platform untuk budaya dan seni dan kini telah berkembang menjadi platform perniagaan berdaya saing dalam landskap seni Malaysia.
Inisiatif ini menyediakan artis dan usahawan tempatan dan serantau dengan platform untuk mempamerkan karya mereka, berhubung dengan khalayak yang lebih luas serta memperkasakan ekonomi artis dan pereka tempatan, dengan lebih RM20 juta hasil jualan telah dijana memanfaatkan lebih 100 artis setakat ini.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami