awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru wanita rugi lebih RM140,000 ditipu lelaki menyamar pegawai NSRC
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu hingga 29 Dis
Kekasih didakwa bunuh Suri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lajim Ukin selamat dikebumikan

Astro Awani
Astro Awani
29/08/2021
06:07 MYT
Lajim Ukin selamat dikebumikan
Jenazah Lajim disemadikan pada pukul 1.50 petang ini mengikut prosedur operasi standard (SOP) COVID-19. - Foto Astro AWANI.
BEAUFORT: Jenazah bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Kampung Kebatu, Beaufort petang ini.
Jenazah Lajim disemadikan pada pukul 1.50 petang ini mengikut prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
Allahyarham Lajim meninggal dunia di Hospital Pakar KPJ, Sabah pada Ahad kira-kira pukul 6.23 pagi.
Untuk rekod, Lajim, 66, yang juga bekas Ahli Parlimen Beaufort dimasukkan ke Hospital KPJ selepas disahkan positif COVID-19 ketika mendapatkan rawatan kerana kurang sihat sekembalinya dari lawatan kerja kerajaan negeri di Kudat pada 12 Ogos lalu.
BACA: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Lajim Ukin meninggal dunia akibat COVID-19
BACA: PM zahir takziah atas pemergian Lajim, satu kehilangan buat negara
Beliau pernah memegang beberapa jawatan penting dalam Kabinet Persekutuan antaranya sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan pada 2008-2009 dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 2009-2012.
Beliau merupakan bekas Ahli Parlimen Beaufort pada 2009-2012 dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias pada 2013-2016.
Selaku Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), beliau dilihat banyak membantu usahawan di negara ini antara lain melanjutkan moratorium bayaran pinjaman selain menyalurkan pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah B40.
Beliau pernah menjadi ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Sabah pada 2013-2016 semasa beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Topic Berkaitan
#Lajim Ukin meninggal dunia
#Lajim Ukin dikebumikan
#COVID-19
#Kampung Kebatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan