awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laksa kebok Kedah boleh beroperasi semula sekiranya...

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
24/10/2018
08:35 MYT
Laksa kebok Kedah boleh beroperasi semula sekiranya...
Buka semula perusahaan laksa kebok hanya jika pengusaha menerima kelulusan piawaian kebersihan. - Gambar hiasan
Kementerian Kesihatan Kedah akan membenarkan pengusaha laksa kebok memulakan perniagaan kembali dalam masa terdekat ini sekiranya ia didapati mematuhi piawaian penyediaan makanan yang bersih.
Pengarah Kesihatannya, Datuk Dr Norhizan Ismail memaklumkan sebelum beroperasi pengusaha laksa kebok berkenaan dibenarkan untuk beroperasi semula Pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Baling akan melakukan pemeriksaan di premis berkenaan untuk mengelak dari perkara tidak diingini dari berlaku.
“Janji apa yang kita suruh dia buat tu dia akan laksanakan, jadi kita tidak ada masalah kalau kita pergi siasat balik apa yang kita dah buat. Jika kita berpuas hati kita tidak akan menghalangnya untuk berniaga,” kata Dr Norhizan kepada pemberita Astro AWANI ketika ditemui di sini, hari ini. INFOGRAFIK: Hati-hati dengan bakteria Salmonella
Menurutnya, prosedur berkenaan penting selepas pihak Kementerian memperoleh keputusan sampel dari Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh dan Makmal Keselamatan Kualiti Makanan Pulau Pinang dan penemuan agen penyebab keracunan makanan iaitu bakteria salmonella dalam mi laksa.
Kini, Jabatan Kesihatan Daerah Baling dan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah sedang melengkapkan kertas siasatan kes mengikut prosedur ditetapkan untuk tindakan selanjutnya..
Terdahulu, Norhizan mengadakan pemeriksaan ke atas premis penjualan arak di sekitar daerah Sungai Petani, siang tadi.
Dalam kejadian 8 Oktober lalu, dua mangsa meninggal dunia dipercayai selepas memakan laksa kebok yang dibeli di Kupang, Baling.
Sejumlah 83 kes dilaporkan melibatkan 34 kes di Perak termasuk dua kes kematian, 25 kes di Kedah dan 24 kes di Selangor.
Topic Berkaitan
#Bakteria
#Dr Norhizan Ismail
#Jabatan Kesihatan Daerah Baling
#Jabatan Kesihatan Negeri Kedah
#Kementerian Kesihatan
#keselamatan
#kesihatan
#laksa kebok
#Pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Baling
#salmonella
#siasatan
#Sungai Petani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan