awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan arah timur KM124 LPT1 ditutup, laluan kontra diaktifkan

Bernama
Bernama
14/10/2023
03:20 MYT
Laluan arah timur KM124 LPT1 ditutup, laluan kontra diaktifkan
Semua trafik akan dilencongkan untuk menggunakan laluan arah barat dan pelaksanaan aliran kontra akan dibuat sepanjang tempoh penutupan jalan LPT1 di laluan menghala ke Kuantan. - Facebook Lebuhraya Pantai Timur
KUANTAN: Laluan arah Timur di Kilometer 124 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) iaitu Lanchang ke Temerloh dekat sini, akan ditutup dan dilencongkan bermula Isnin depan (16 Okt) hingga Mac 2024.
Pemegang konsesi LPT1 ANIH Berhad menerusi kenyataan hari ini memaklumkan penutupan jalan di laluan menghala ke Kuantan itu, bagi membolehkan kerja peningkatan aras laluan utama dijalankan, dalam pelaksanaan projek tebatan banjir di lokasi terlibat.
"Sehubungan itu, semua trafik akan dilencongkan untuk menggunakan laluan arah barat (hala ke Kuala Lumpur) dan pelaksanaan aliran kontra akan dibuat sepanjang tempoh tersebut," menurut kenyataan itu.
ANIH Berhad menasihatkan pengguna untuk merancang perjalanan dan mematuhi papan arah serta arahan petugas di lokasi untuk keselamatan.
Pengguna juga boleh mendapatkan informasi terkini di saluran ANIH TV atau media sosial ANIH Berhad di Facebook (@Lebuhraya Pantai Timur) dan X (@LPTTrafik), serta Lembaga Lebuhraya Malaysia di X (@llmtrafik) dan Facebook (@Lembaga Lebuhraya Malaysia) atau hubungi LPT-Line di 1-700-818-700 atau LLM di 1800-88-7752, jika berlaku kecemasan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LPT1
#jalan tutup
#laluan kontra
#Anih Berhad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan