IPOH: Laluan lebuh raya arah utara antara Ipoh ke Terowong Menora telah dibuka sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula jam 4.15 petang pada Ahad.
Pembukaan itu selepas kerja-kerja pembersihan jalan selesai akibat sebuah treler muatan serbuk besi yang terbalik.
PLUS Malaysia Berhad menerusi aplikasi X memaklumkan, aliran trafik kedua-dua arah masih sesak.
"Laluan kontra telah dinyahaktifkan. Pengguna diminta merancang perjalanan bagi memastikan keadaan laluan lancar," katanya.
Sebelunm itu, Sinar Harian melaporkan, sebuah treler membawa muatan serbuk besi terbalik di Kilometer 262.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara mengakibatkan semua laluan antara Ipoh ke Terowong Menora terhalang.
Aliran trafik tidak bergerak bermula jam 4.52 pagi menyebabkan laluan kontra diaktifkan di Kilometer 262.65 hingga Kilometer 263.75 bagi mengurangkan kesesakan.
Kejadian bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 24 2024
Pembukaan itu selepas kerja-kerja pembersihan jalan selesai akibat sebuah treler muatan serbuk besi yang terbalik.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Laluan ke Terowong Menora terhalang, treler terbalik
Laluan kontra telah diaktifkan di Kilometer 262.65 hingga Kilometer 263.75 bagi mengurangkan kesesakan.
Aliran trafik mula perlahan di lebuh raya utama
Aliran trafik dilaporkan mula bergerak perlahan di kebanyakan lebuh raya utama berikutan orang ramai mula pulang selepas perayaan Aidilfitri hari ini.
Lebuhraya Utara-Selatan sesak, treler terbakar berhampiran Terowong Menora
Kebakaran melibatkan sebuah treler membawa muatan besi, musnah terbakar 65 peratus di bahagian kepala.
Pemandu warga asing maut tercampak keluar dari kereta
Nahas sekitar jam 2.15 petang itu mengorbankan pemandu kereta jenis Proton Gen2, Min Myo Htet, 20, akibat kecederaan parah dialaminya.
Lori bawa motosikal terbabas, trafik sesak 11km di Lebuhraya Utara-Selatan
Kemalangan berlaku di kilometer 255.7 menuju ke Gua Tempurung berhampiran Terowong Menora.
Treler muatan kayu terbalik, sesak 4km selepas Terowong Menora
PLUS Malaysia menerima maklumat berkenaan kejadian berhampiran Terowong Menora itu pada jam 7.55 pagi.
Pemandu maut tercampak dari treler berhampiran Terowong Menora
Kemalangan itu menyebabkan semua lorong terhalang dan pemandu diminta menggunakan laluan alternatif.
Projek jalan pintas Gopeng-Kuala Kangsar dijangka mula sebelum hujung tahun ini - MB Perak
Projek pembinaan jalan pintas Gopeng-Kuala Kangsar berhampiran Terowong Menora di Lebuh Raya Utara Selatan dijangka akan dimulakan sebelum penghujung tahun ini.
Cadangan jalan pintas kurangkan risiko kemalangan maut di Terowong Menora
Berdasarkan cadangan, jalan pintas sepanjang 64 kilometer itu bermula dari susur keluar Gopeng melalui Siputeh dan berakhir di Kuala Kangsar.
Lokasi nahas rentung catat 17 kes kemalangan
Nahas yang direkodkan antara Mac 2021 hingga Mac lepas telah menyebabkan dua kematian dan kecederaan kepada 11 mangsa.