IPOH: Terdapat cadangan untuk membina jalan pintas bagi mengurangkan kesesakan dan risiko kemalangan di sekitar Terowong Menora yang sering mengundang maut.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, cadangan itu dirancang dilaksanakan melalui insiatif pembiayaan swasta (PFI).
Menurut beliau, berdasarkan cadangan tersebut, jalan pintas sepanjang 64 kilometer itu bermula dari susur keluar Gopeng melalui Siputeh dan berakhir di Kuala Kangsar.
“Kita sedang menunggu syarikat berkenaan, bila dia dah siap dengan ‘funder’, saya ingat dia akan memulakan pembinaan itu.
“Kita harap itu satu daripada kaedah bagaimana kerajaan negeri cuba untuk mengelakkan kemalangan di situ,” katanya ketika ditemui pada majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Perak di sini, hari ini.
Beliau mengulas langkah kerajaan negeri bagi mengurangkan kadar kecelakaan jalan raya di sekitar Terowong Menora yang sering berlaku kemalangan maut.
Dalam kejadian terbaharu pada awal pagi Khamis lalu, lima penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) rentung dalam nahas yang melibatkan sebuah kereta dan dua treler di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara.
Lima mangsa itu ialah pemandu Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22 dari Kubu Bharu, Selangor; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, dari Kemaman, Terengganu; Iqbal Hasnun Halimi, 23, dari Senai, Johor; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dari Batu Caves Selangor dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, dari Parit Buntar Perak.
Abd Razak Mohd Ali
Mon May 16 2022

Terdapat cadangan untuk membina jalan pintas bagi mengurangkan kesesakan dan risiko kemalangan di sekitar Terowong Menora yang sering mengundang maut. - Gambar fail

Rapid KL sahkan terima aduan gangguan seksual dalam tren
Rapid KL dalam satu kenyataan berkata, kejadian dilaporkan berlaku sewaktu pengadu menaiki tren berkenaan dari Stesen LRT Pasar Seni kira-kira jam 7 malam.

Pesisir pantai jadi tapak sampah haram
Penduduk kemudian membakar sampah seterusnya meninggalkan kesan sebagai tempat pembuangan sampah.

Terbuka Malaysia: Penonton tunggu dua jam sebelum dapat masuk stadium
Arena Axiata hanya dibuka sejam sebelum aksi suku akhir kejohanan itu bermula, yang dijadualkan pada 3 petang.

TFC ll lonjak ke tangga teratas Liga Perdana, tewaskan Kuching City FC
Pasukan tuan rumah terlebih dahulu melakukan percubaan seawal minit ketiga menerusi pemain tengah Muhammad Syaiful Haqim Shahrul.

Kebangkitan semula BN bukti komitmen kepimpinan parti tambat hati rakyat - Zahid
Kebangkitan semula gabungan politik itu sekali gus meranapkan segala telahan pihak luar kononnya Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 adalah penghujung hayat BN.

Kaji naikkan pengiraan had kifayah zakat - MAIPk
Perkara itu dibuat selaras dengan situasi ekonomi sekarang yang kian mencabar, di samping penghapusan subsidi beberapa barangan asas.

ASEAN terima pakai dasar kawal selia farmaseutikal ke arah integrasi pasaran
Langkah itu membolehkan pengurangan halangan perdagangan dan meningkatkan penyelarasan keperluan pengawalseliaan dan kerjasama pengawal selia.

Laluan Pos Betau-Lembah Bertam kembali dibuka 7 Julai
Bagaimanapun, ia hanya boleh dilalui oleh kenderaan ringan di bawah 5 tan sahaja.

Penyokong Malaysia bakar semangat Momota
Dia yang turun selaku pilihan kedua ternyata lebih agresif berbanding sebelumnya apabila mendahului dengan selesa 13-6 ketika berdepan pemain Indonesia Shesar Hiren Rhustavito pada aksi suku akhir.

Tiga perkara penting dibawa pulang Malaysia dari WUF11 - Reezal Merican
Paling utama, negara mahu belajar dari negara-negara anggota UN-Habitat mengenai amalan terbaik pembangunan perbandaran.

Tragedi 5 penuntut USAS: Keputusan audit keselamatan treler nahas minggu depan
JPJ sedang mengumpulkan maklumat berkaitan KJR (Keselamatan Jalan Raya) dan aspek keselamatan kenderaan perdagangan terhadap treler yang membawa muatan besi tersebut.

Tragedi lima penuntut USAS: Pemandu mengaku tidak bersalah pandu treler secara berbahaya
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Cadangan jalan pintas kurangkan risiko kemalangan maut di Terowong Menora
Berdasarkan cadangan, jalan pintas sepanjang 64 kilometer itu bermula dari susur keluar Gopeng melalui Siputeh dan berakhir di Kuala Kangsar.

Kemalangan maut penuntut USAS: Jenazah Iqbal Hasnun selamat disemadikan
Jenazah Iqbal Hasnun dimandi sebelum disolatkan di Masjid USAS dan dibawa ke rumah keluarganya di Taman Impian Jaya, di sini, pada jam 6 pagi.

Lokasi nahas rentung catat 17 kes kemalangan
Nahas yang direkodkan antara Mac 2021 hingga Mac lepas telah menyebabkan dua kematian dan kecederaan kepada 11 mangsa.

Kemalangan maut penuntut USAS: 2 daripada 5 jenazah rentung dikenal pasti
Dua jenazah itu ialah Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, dari Kemaman, Terengganu dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, dari Parit Buntar, Perak.

Lorong kiri Lebuhraya Utara Selatan arah utara masih ditutup - PLUS
PLUS berkata, bagi lorong kanan arah utara telah pun dibuka dan laluan kontra masih diaktifkan, manakala trafik pula sesak 11 kilometer arah utara dan arah selatan trafik perlahan.

2 maut, 2 parah kemalangan berhampiran Terowong Menora
Seorang maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer (KM) 263.1 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran Terowong Menora, di sini, hari ini.

Pemandu dipercayai terlelap punca bas ekspres terbabas, terbalik - Polis
Polis tahan pemandu bas ekspress dipercayai terlelap

Bas ekspres terbabas dekat Terowong Menora, 14 penumpang cedera
Seramai 14 penumpang cedera selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas ke bahu jalan di Kilometer 265.