awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
MALAYSIA
AI perlu dilihat sebagai sebagai pemerkasa industri - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Laluan Terowong Menora ditutup, bom ditemukan di tepi lebuh raya

Sinar Harian
Sinar Harian
30/06/2025
10:09 MYT
Laluan Terowong Menora ditutup, bom ditemukan di tepi lebuh raya
Sebutir bom lama ditemui di tepi lebuh raya berhampiran Terowong Menora di Ipoh dan berjaya dimusnahkan oleh pihak polis pada Isnin. -Foto Ihsan pembaca
IPOH: Pasukan polis mengambil masa hampir sejam bagi memusnahkan sebutir bom yang ditemui di Kilometer 265, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora di sini pada Isnin.

Ringkasan AI
  • Sebutir bom lama jenis 'Ariel' ditemui oleh pekerja kontrak di tepi Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora dan berjaya dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom polis.
  • Proses pemusnahan mengambil masa hampir sejam dengan radius letupan sejauh 200 meter, menyebabkan penutupan sementara laluan Kuala Kangsar-Ipoh pada jam 3.02 petang.
  • Trafik dilencongkan ke plaza tol berdekatan atas faktor keselamatan dan kembali pulih sepenuhnya pada jam 3.44 petang.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, maklumat awal penemuan bom lama jenis 'Ariel' itu diterima daripada seorang pekerja kontrak yang menjalankan kerja-kerja pembersihan sekitar jam 9.30 pagi.
"Pengadu yang berusia 51 tahun ketika itu sedang membersihkan pokok-pokok dan rumput di kawasan tersebut sebelum menjumpai sebutir bom.
"Sepasukan anggota polis termasuk dari Unit Pemusnah Bom (UPB) dikerahkan ke lokasi untuk membuat pemeriksaan.," katanya ketika dihubungi di sini.
Difahamkan, kerja-kerja memusnahkan bom berkenaan dilakukan oleh pihak berkuasa dengan radius letupan menjangkau sejauh 200 meter.
Dengan penemuan bom itu, Plus Malaysia Berhad (PLUS) menerusi aplikasi X memaklumkan penutupan sementara laluan Kuala Kangsar-Ipoh di kedua-dua arah diaktifkan pada jam 3.02 petang.
"Trafik arah utara dilencongkan ke Plaza Tol Ipoh Selatan manakala trafik arah selatan dilencongkan ke Plaza Tol Kuala Kangsar atas faktor keselamatan.
"Trafik kemudiannya kembali pulih pada jam 3.44 petang selepas semua lorong menuju ke selatan telah dibuka sepenuhnya kepada pengguna lebuh raya," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bom
#Ariel
#Terowong Menora
#PLUS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami