awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laman blog rasmi PM berwajah baharu

Bernama
Bernama
23/07/2016
12:20 MYT
Laman blog rasmi PM berwajah baharu
Laman tersebut turut mengandungi kandungan mengenai rekod prestasi yang perdana menteri kecapi sepanjang perjalanan politiknya, ucapan dan kenyataan daripada beliau. - Foto www.najibrazak.com
Laman blog rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (www.najibrazak.com) kini dilancarkan semula dengan wajah baharu, menggunakan pendekatan yang lebih mesra pengguna.
Menurut kenyataan Setiausaha Akhbar perdana menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, blog itu dikemas kini bagi menjadikannya lebih interaktif dan memudahkan pengguna melayari kandungan yang disiarkan.
"Untuk kemudahan para pengguna, laman web ini dikemas kini supaya penggunaannya lebih mesra pengguna dengan dilengkapi sejarah perjalanan sepanjang 40 tahun YAB Perdana Menteri dalam bidang politik serta penulisan blog, kenyataan media, maklumat, video dan gambar terkini.
"Laman web tersebut turut mempunyai ciri siaran langsung bagi menyiarkan aktiviti-aktiviti serta program-program YAB Perdana Menteri," katanya.
Dengan penambahbaikan dan pengenalan pendekatan baharu perdana menteri berkomunikasi dengan rakyat ini, Tengku Sariffuddin berkata, rakyat diharap dapat terus berhubung dan mendapat maklumat terkini secara terus, tepat dan pantas daripada perdana menteri sendiri.
Dalam catatan terbarunya di laman Facebook, Najib turut tidak ketinggalan mengajak rakyat melihat sendiri laman blog itu.
"Saya telah mengemas kini laman web saya dengan interface yang baharu agar lebih interaktif dan mesra pengguna.
"Antara ciri-ciri baharu laman web ini ialah sejarah perjalanan politik saya selama 40 tahun serta siaran langsung bagi program dan aktiviti terpilih. Untuk melihat wajah dan ciri-ciri baharu ini, kunjungi www.najibrazak.com!" katanya.
Selain ciri-ciri terbaru itu, laman tersebut turut mengandungi kandungan mengenai rekod prestasi yang perdana menteri kecapi sepanjang perjalanan politiknya, ucapan dan kenyataan daripada beliau sepanjang menjadi perdana menteri, dan fakta semasa ekonomi Malaysia.
Topic Berkaitan
#blog najib razak
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan