awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laman Facebook untuk Claudia Theophilus

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
04/02/2013
13:56 MYT
Laman Facebook untuk Claudia Theophilus
Kematian mengejut seorang wartawan Malaysia Claudia Theophilus di Baakleen, Lubnan pada Sabtu telah menghasilkan satu laman Facebook yang didedikasikan oleh kenalan beliau kepada mendiang.
Laman Facebook itu diwujudkan awal pagi ini dan dinamakan 'Keeping the Flame Alive: In Memory of Claudia Theophilus’.
Dengan pembuka kata “Kepada sesiapa yang mengingati Claudia Theophilus sebagai seorang ahli keluarga, kawan, wartawan, rakan seperjuangan dan seorang yang disayangi. Kita yang berasal dari seluruh pelusuk dunia mungkin tidak pernah bersua, tetapi kami tersentuh dengan semangat membara beliau”.
Laman itu telah menerima lebih 362 ‘Likes’ setakat ini.
Ramai yang pernah bersua dengan Theophilus yang pekerjaan akhirnya adalah sebagai seorang penerbit di saluran berita Al Jazeera di Doha, Qatar membanjiri laman Facebook itu dengan mesej-mesej memperingati beliau.
Pengguna Facebook Richard Yeoh berkata: “Saya akan sentiasa mengingati kamu sebagai seorang yang baik hati dan lembut. Saya bertuah kerana dapat bertemu kamu semasa bekerja dan saya berharap Tuhan akan merestui roh kamu selama-lamanya.’
Seorang lagi pengguna Facebook Hanif Roslan, menulis: “Anda adalah seorang kakak, kawan dan seorang yang tidak membangga diri. Kamu dilahirkan di dunia dan kini kembali kepada tuhan. Kami akan merindui kamu. Semoga aman di sana.”
Seorang lagi pengguna Facebook, Kong See Hoh berkata, “Claudia adalah seorang pejuang. Beliau mungkin tiada tetapi semangatnya akan terus kekal dihati kami.”
Wartawan yang disukai ramai itu terbunuh pada pukul 2.30 pagi (8.30 pagi waktu Malaysia) pada Sabtu semasa bercuti dengan dua orang kawannya.
Polis Lubnan telah menahan dua orang yang bersama beliau ketika beliau terbunuh.
Mendiang juga pernah berkhidmat dengan akhbar The Sun dan portal berita Malaysiakini.
Topic Berkaitan
#Claudia Theophilus
#wartawan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan