awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langgar SOP: Polis buka kertas siasatan majlis perkahwinan selebriti

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
28/12/2021
03:41 MYT
Langgar SOP: Polis buka kertas siasatan majlis perkahwinan selebriti
Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Zaihan Mohd Kahar memaklumkan, polis akan mengesan dan mengenal pasti kesemua individu yang hadir dalam majlis perkahwinan pasangan selebriti yang melanggar SOP PPN. - Gambar Astro AWANI
BENTONG: Polis membuka kertas siasatan berhubung penularan video yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook memaparkan majlis perkahwinan pasangan selebriti di Genting Highlands yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.
Menerusi video berdurasi 41 saat yang tular itu mendapati terdapat tetamu yang hadir tidak memakai pelitup muka serta tidak mengamalkan penjarakan fizikal.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Zaihan Mohd Kahar memaklumkan, polis akan mengesan dan mengenal pasti kesemua individu yang hadir dalam majlis tersebut.
Katanya, kes disiasat di bawah Perkara 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.
Beliau turut meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden ini.
Terdahulu pada 27 Disember malam, polis menerima laporan berkaitan video berkenaan.
Hasil siasatan mendapati majlis tersebut berlangsung pada 15 Disember sekitar jam 8.30 malam di sebuah vila di Genting Highlands.
Topic Berkaitan
#langgar SOP
#polis
#selebriti
#perkahwinan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan