HULU TERENGGANU: Langkah kerajaan mengimport ayam sejuk beku bukan untuk menekan mana-mana pihak sebaliknya bertujuan memberi pilihan kepada pengguna.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid berkata, inisiatif itu bagi menstabilkan harga supaya pengguna tidak terjejas dan peniaga tidak rugi.
Menurutnya, walaupun menerima pelbagai reaksi namun ia lebih tertumpu ke arah mengimbangi harga ayam di pasaran.
"Kita terpaksa melambakkan dengan cara mengimport ayam dari luar. Memang kita mendapat rungutan daripada pengusaha dan pemain industri berkaitan dengan hal tersebut.
"Cuma, kita rasa, dalam 200 kontena ini tidak akan lama berada dalam pasaran. Niat kerajaan ialah untuk menstabilkan harga, bukan hendak ganggu pasaran," katanya.
Beliau ditemui ketika hadir pada program Jualan #Keluarga Malaysia Parlimen Hulu Terengganu di sini semalam.
Terdahulu, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mengumumkan kebenaran untuk mengimport ayam bulat sejuk beku bagi tempoh tiga bulan bermula bulan ini sehingga Februari 2022.
Katanya, kerajaan memberi kebenaran mengimport bertujuan menampung kekurangan bekalan ayam di pasaran dan ia melibatkan pertimbangkan import sehingga 10,000 tan metrik atau 5.5 juta ekor sebulan.
Pada masa sama, KPDNHEP menetapkan harga runcit maksimum ayam pada kadar RM9.30 di Semenanjung dan RM8 bagi harga borong, kecuali di Langkawi, Kedah.
Harga ayam standard di pulau peranginan itu ditetapkan pada harga RM9.80 sekilogram (runcit) dan RM8.50 sekilogram (borong).
Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
Sat Dec 04 2021
Rosol (tengah) bertanyakan sesuatu mengenai harga ayam pada Program Jualan Keluarga Malaysia di Kuala Berang, 4 Dis 2021. --fotoBERNAMA
Ribuan penunjuk perasaan Israel tentang Netanyahu
Peserta tunjuk perasaan menuduh Netanyahu meneruskan peperangan untuk terus berkuasa.
Tentera Ukraine tembak jatuh pesawat pejuang Rusia
Zelenskyy berkata Moscow tidak mempunyai keinginan untuk berdamai dan mereka hanya boleh dipaksa meninggalkan Ukraine.
Tentera Ukraine tembak jatuh pesawat pejuang Rusia
Tentera Ukraine menembak jatuh pesawat pejuang pengebom SU-25 Rusia di wilayah Donetsk di timur Ukraine pada Sabtu kata presidennya, Volodymyr Zelenskiy.
Panama bersedia untuk pemilihan Presiden
Panama bersedia untuk pilihan raya Presiden di tengah-tengah krisis politik yang dihangatkan dengan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan memerintah.
Penunjuk perasaan pro Palestin ditahan polis Virginia
Polis menahan beberapa penunjuk perasaan di Universiti Virginia pada Sabtu semasa puluhan pelajar menduduki perkhemahan pro-Palestin di kampus selepas menyifatkan perhimpunan itu sebagai menyalahi undang-undang.
Hampir 100% sedia, TH tunggu kt pertama 9 Mei ini
Ikuti perkongsian Editor Astro AWANI yang juga petugas media musim haji 1445H/2024H mengenai persediaan Lembaga Tabung Haji (TH) menjelang ketibaan KT pertama jemaah haji Malaysia di Madinah pada 9 Mei ini.
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
Isteriku ternyata lelaki, terbongkar selepas 12 hari menikah
Adinda kini telah ditahan pihak polis selepas laporan dibuat oleh keluarga AK.
Selesai di Kedah, PM meriahkan pula Rumah Terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang
Sejurus selesai Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kedah di Jitra, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bergegas ke Pulau Pinang bagi menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Khalifah Jelutong malam tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin ditahan polis Virginia
Pasukan polis anti rusuhan dilaporkan menyerbu kawasan perkhemahan sekitar jam 3 petang waktu tempatan.
Maqis Kedah rampas lebih 27,000 kilogram ayam sejuk beku
Maqis merampas 27,564 kilogram keratan ayam sejuk beku di pintu masuk Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Bukit Kayu Hitam.
NAFAS, LPP dibenar import bekalan ayam
Ketika ini, antara negara pengeluar bekalan ayam diberi kelulusan adalah termasuk Thailand, China, Brazil dan Belanda.
Singapura import ayam dari Indonesia sebagai sumber baharu stok makanan
Indonesia kini turut disenaraikan sebagai antara pengeksport daging ayam sejuk beku, daging ayam diproses dan produk berasaskan ayam ke Singapura, menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Khamis.
Import ayam beku bersifat sementara bagi stabilkan harga di peringkat runcit
Beliau menjelaskan keputusan kerajaan mengimport masuk ayam sejuk beku bagi memberi pilihan harga lebih murah kepada pengguna.
Langkah import ayam sejuk beku bukan menekan mana-mana pihak - Rosol
Inisiatif itu bagi menstabilkan harga supaya pengguna tidak terjejas dan peniaga tidak rugi.
Kilang proses ayam sejuk beku didenda RM35,000 kerana cemar alam sekitar
Kilang tersebut gagal mematuhi had piawai yang ditetapkan di dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.
Lagi cubaan seludup masuk ayam sejuk beku di Bukit Kayu Hitam
Lagi cubaan menyeludup ayam masuk sejuk beku yang diragui status halal dari Thailand dikesan di Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.
MAQIS rampas 61,932 kilogram ayam sejuk beku dari Thailand
Kesemua ayam sejuk beku itu dirampas dalam pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Malaysia (ICQS) pada jam 9 malam tadi.