awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NAFAS, LPP dibenar import bekalan ayam

Bernama
Bernama
16/07/2022
21:15 MYT
NAFAS, LPP dibenar import bekalan ayam
Ahmad (dua, kiri) hadir ketika majlis perasmian Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Melaka yang disempurnakan Sulaiman (tiga, kiri) di Ayer Keroh, 16 Julai 2022. --fotoBERNAMA
MELAKA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) membenarkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengimport bekalan ayam ke negara ini bagi mewujudkan simpanan stok agar keperluan pengguna sentiasa mencukupi.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata turut diberi kebenaran ialah beberapa koperasi di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bagi mengatasi kekurangan bekalan ayam di pasaran tempatan.
"Bekalan ayam diimport hanya dibenarkan daripada loji pemprosesan diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), MAFI, Kementerian Kesihatan (KKM) selain pemantauan Jabatan perkhidmatan Veterinar.
"Ketika ini tiada lagi AP (Approved Permit) jadi sesiapa sahaja boleh mengimport ayam namun mereka perlu mempunyai Import Permit (IP) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) bagi tujuan kawalan biosekuriti di pintu masuk negara," katanya kepada pemberita di Ayer Keroh, di sini, pada Sabtu.
Terdahulu, beliau hadir pada majlis perasmian Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Melaka yang disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata ketika ini antara negara pengeluar bekalan ayam diberi kelulusan adalah termasuk Thailand, China, Brazil dan Belanda.
"Menerusi kebenaran itu kita yakin ia dapat mewujudkan mekanisme yang mampu menampung keperluan pengguna dan negara tidak akan berdepan dengan masalah kekurangan bekalan ayam terutama ketika musim perayaan yang mendapat permintaan tinggi," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan kerajaan mengumumkan memberi kebenaran kepada 32 syarikat yang dilantik MAFI untuk mengimport ayam sejuk beku sehingga 10,000 tan metrik atau 5.5 juta ekor ayam sebulan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MAFI
#import bekalan ayam
#Ahmad Hamzah
#ayam sejuk beku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan