awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langkah tangani buli siber diumum dalam masa terdekat - Gobind

Bernama
Bernama
24/07/2024
11:05 MYT
Langkah tangani buli siber diumum dalam masa terdekat - Gobind
Gobind Singh Deo berkata jawatankuasa khas tangani isu buli siber telah mengadakan sesi perbincangan dan mengenal pasti isu itu. - Gambar/ Bernama
PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengumumkan beberapa langkah penambahbaikan termasuk pada perundangan berkaitan isu buli siber dalam masa terdekat.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata jawatankuasa khas tangani isu buli siber telah mengadakan sesi perbincangan dan mengenal pasti isu itu.
"Kita sudah mewujudkan jawatankuasa di antara empat kementerian dan telah mengadakan beberapa sesi perbincangan dan (berjalan) dengan baik.
"Kita sudah mengenal pasti isu dan langkah yang akan diambil. Kita akan umumkan langkah-langkah ini dalam masa terdekat," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Jawatankuasa itu melibatkan Kementerian Komunikasi, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Digital serta Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi).
Sebelum ini dilaporkan jawatankuasa melibatkan empat kementerian itu akan meneliti secara keseluruhan sebelum meminda Kanun Keseksaan (Akta 574) bagi membanteras gejala buli siber yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada Oktober.
Desakan penggubalan undang-undang baharu itu adalah susulan kematian pempengaruh Rajeswary Appahu, atau lebih dikenali sebagai Esha, yang menjadi mangsa buli siber.
Wanita itu ditemukan meninggal dunia di sebuah unit kondominium di Setapak, Kuala Lumpur pada 5 Julai lepas iaitu sehari selepas membuat laporan polis berhubung buli siber yang dihadapinya.
Minggu lepas, pemilik rumah kebajikan P. Shalini yang dikaitkan dengan kematian Esha didakwa di Mahkamah Majistret namun hanya dijatuhi hukuman denda maksimum RM100.
Gobind turut memberi jaminan bahawa kerajaan memandang serius isu buli siber dan mengambil langkah bagi perkukuh undang-undang sedia ada selain mengkaji semula hukuman sedia ada.
"Kita menggalakkan semua (orang) menggunakan platform digital tetapi kerajaan mengambil serius aspek keselamatan. Kita tidak akan bertolak ansur dengan isu buli siber, jika berlaku tindakan tegas akan diambil," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#buli siber
#Kementerian Digital
#Gobind Singh Deo
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan