Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau melihat kesediaan MCA melakukan transformasi dalaman sebagai langkah yang tepat pada masanya bagi membolehkan parti berkenaan terus relevan dan mendapat tempat di kalangan masyarakat Cina.
Perdana Menteri berkata langkah transformasi dalaman itu disertakan bersama pelan penyertaan MCA dalam penggubalan rangka kerja bagi memperkukuhkan masa depan komuniti Cina di negara ini.
Katanya, setiap anggota parti juga seharusnya mengambil kira perkembangan semasa dalam kepimpinan parti dan bersama-sama merealisasikan hala tuju masa depan parti yang mampu memberi manfaat kepada anggotanya, rakyat dan negara.
"Bermula dengan perubahan dalaman, MCA perlu melihat segala kekuatan yang sedia ada serta berani melihat segala kelemahan yang masih membelenggu parti itu selama ini,' katanya semasa berucap melancarkan Perhimpunan Perpaduan MCA yang bertemakan "Teguh Bersama" di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman di sini, hari ini.
Najib berkata cabaran dalam kepimpinan dalam MCA selama ini telah membawa kepada kelemahan dalam parti itu, dan oleh itu, kepimpinan parti perlu mewujudkan rasa kebersamaan dalam parti berkenaan untuk mencapai semula zaman kecemerlangan itu.
"Ia mudah dikata daripada dilakukan. Dalam pengalaman saya, UMNO juga mempunyai masalah tetapi kita perlu menangani masalah kita. MCA juga seperti parti lain perlu menangani masalah dalaman," kata Najib.
Oleh itu, Najib berkata MCA perlu menunjukkan semangat baharu dan sedia berubah untuk terus kekal relevan kerana parti itu telah sampai ke persimpangan yang kritikal dalam sejarahnya dan ini mungkin peluang terakhir untuk MCA.
"Bagi masa depan MCA, anggota parti itu perlu bersedia untuk bangkit, bangun bersama dan bekerjasama untuk lebih komited bagi menghidupkan semula MCA demi kebaikan parti itu sendiri, Barisan Nasional dan negara," katanya.
Sebagai Pengerusi BN dan Perdana Menteri, Najib mengakui dan menghargai MCA sebagai rakan kanan dalam parti komponen itu.
"Saya mahu MCA sedar dan berasa bahawa Umno dan BN perlukan anda (MCA) dan anda (MCA) perlukan UMNO dan BN. Pada asasnya, hubungan di antara kepimpinan orang Melayu dan orang Cina terjalin sejak zaman Tun Tan Cheng Lock, Tunku Abdul Rahman (Putra Al-Haj) dan Tun Razak (Hussein) yang menampakkan kerjasama itu berjaya sehingga hari ini," katanya.
Walaupun generasi muda tidak sedar detik-detik mencemaskan dalam sejarah mencapai merdeka, Najib berkata generasi tua lebih mengetahui dan menghargai perpaduan, kepercayaan dan keikhlasan adalah dasar penting bagi menjadikan Malaysia sebuah negara berjaya.
"Inilah apa yang diperlukan BN dan MCA hari ini. Semuanya mengenai keikhlasan dan kejujuran antara satu sama lain. Ini bukan soal menang pilihan raya umum akan datang. Ia mengenai pembinaan negara yang bermakna kami adalah rakan bagi menyelesaikan masalah kita bersama.
"Kami beri sedikit ruang, dan perbezaan pendapat dalam lingkungan keluarga BN selagi ia boleh dilihat secara positif. Walaupun kita berbeza, dalam gambaran yang lebih besar, kita semua mempunyai impian, visi dan aspirasi yang sama," katanya.
Sehubungan itu, Perdana menteri menegaskan bahawa MCA adalah rakan penting dalam BN dan parti itu mesti kekal sebagai suara dan hati nurani masyarakat Cina di negara ini.
"Inilah harapan saya bahawa apabila kita bersemangat, dengan tema Teguh Bersama, kita akan menepati janji, dan berkhidmat. Saya mengharapkan MCA, sebanyak mana MCA mengharapkan saya dan BN.
"Kita akan membuktikan kepada rakyat bahawa BN masih pilihan terbaik untuk Malaysia. Saya juga ingin melihat MCA menjadi parti lebih kuat dan rakan kongsi BN yang berjaya," katanya.
Mengulas mengenai Kempen Teguh Bersama MCA, Najib berkata Perhimpunan ini merupakan titik permulaan kepada pemulihan parti itu untuk terus berganding bahu menyumbang kepada pembangunan Malaysia bagi membina sebuah negara yang kuat dan dihormati negara luar.
"Kita mestilah bekerjasama dan bersatu padu untuk membina kekuatan yang lebih teguh. Saya berharap bahawa program Teguh Bersama ini dapat menyatupadukan masyarakat Cina dan juga masyarakat Malaysia," katanya.
Bernama
Sat May 03 2014
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai (tiga, kiri) dan Timbalan Presiden, Datuk Dr Wee Ka Siong (empat, kanan) di Kempen Teguh Bersama MCA. --fotoBERNAMA
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Jenayah dalam talian: Kesedaran orang ramai perlu ditingkatkan - Teo Nie Ching
Rakyat juga perlu diingatkan bahawa mereka turut memainkan peranan dalam melindungi diri daripada jenayah dalam talian.
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
Kerajaan tingkat akses keadilan, biaya khidmat guaman untuk yang layak - Azalina
Kerajaan terus mengambil langkah meningkatkan akses kepada keadilan dengan membiayai khidmat guaman untuk individu yang layak.
Pulau Batu Puteh: Laporan RCI mahu ‘tuju’ kepada saya seorang - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan laporan RCI mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan seolah-olah mahu menunjukkan dirinya seorang sahaja yang bertanggungjawab.
Penubuhan Kementerian Digital satu cabaran, namun gerak kerja berjalan baik - Gobind
Penubuhan Kementerian Digital menjadi satu cabaran kerana ia sesuatu yang baharu, namun semua gerak kerja berjalan dengan baik.
Haley, Pompeo tidak sertai kabinet Trump
Presiden Amerika Syarikat (AS) terpilih Donald Trump memberitahu bekas calon presiden Parti Republikan, Nikki Haley dan bekas Setiausaha Negara Mike Pompeo tidak akan dijemput menyertai kabinetnya.
Bekas penyanyi Nidji, Giring dilantik Timbalan Menteri Kebudayaan Indonesia
Giring Ganesha akan berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan bersama Fadli Zon yang dilantik sebagai Menteri Kebudayaan dalam Kabinet Merah Putih Presiden Prabowo Subianto.
108 orang bakal sertai kabinet Prabowo, saintis antara dijangka jadi menteri?
Sejumlah pakar dari pelbagai sektor penyelidikan dan university berkongsi analisa dengan memberi bayangan beberapa nama berpotensi menyertai barisan kabinet Presiden Terpilih Indonesia, Prabowo.
Akta Koperasi 1993 akan dipinda - Ewon
Akta Koperasi 1993 akan dipinda melibatkan 96 peruntukan asal dalam akta tersebut yang akan disusun semula dan ditambah baik.
Kabinet setuju komoditi kelapa di bawah Lembaga Koko Malaysia - TPM Ahmad Zahid
Jemaah Menteri bersetuju menstrukturkan Lembaga Koko Malaysia dengan memasukkan komoditi kelapa di bawah agensi itu.
Dasar Tahun 3, Tahun 6 tiada peperiksaan dibawa ke Kabinet - Fadhlina
Memandangkan tujuan perkara itu adalah untuk menambah baik sistem pendidikan negara, KPM mungkin akan membawanya ke peringkat Jemaah Menteri.