awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: Tiada arahan penutupan sekolah di Kota Tinggi - Exco
Perhimpunan GARAH: 'Kritik boleh, tetapi ganggu keselamatan akan dikenakan tindakan' - Anwar
Kedutaan Malaysia di Jepun nasihatkan pengembara berwaspada susulan cuaca buruk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langkawi akan dijadikan penanda aras gelembung pelancongan - Nancy

Bernama
Bernama
13/09/2021
08:28 MYT
Langkawi akan dijadikan penanda aras gelembung pelancongan - Nancy
Inisiatif gelembung pelancongan di Langkawi yang akan bermula Khamis ini (16 Sept) bakal dijadikan penanda aras dalam usaha memperluaskan inisiatif berkenaan agar lebih banyak destinasi pelancongan di dalam negara dibuka. Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Inisiatif gelembung pelancongan di Langkawi yang akan bermula Khamis ini (16 Sept) bakal dijadikan penanda aras dalam usaha memperluaskan inisiatif berkenaan agar lebih banyak destinasi pelancongan di dalam negara dibuka.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata selari dengan usaha berkenaan, beliau menasihatkan individu mahupun keluarga yang ingin melancong ke Langkawi, agar menjadi pelancong yang bertanggunjawab kerana ia bakal menentukan nasib sektor pelancongan negara.
"Kita nak melihat bagaimana kesan daripada Langkawi ini kepada keseluruhan sektor ekonomi terutamanya sektor pelancongan.
"Ia akan menjadi model kepada gelembung pelancongan kita dan kita harap Langkawi ini menjadi satu model yang baik bagi membolehkan kita memperkenalkan lebih banyak gelembung dalam sektor-sektor lain," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, hari ini.
Nancy juga mengharapkan semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang diperkenalkan antaranya pelancong perlu menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan, bagi pergerakan menggunakan jalan darat.
Dalam pada itu, Nancy berkata terdapat juga beberapa cadangan oleh pihak swasta untuk mewujudkan pusat ujian calitan kepada pelancong yang akan ke Langkawi.
"Ia merupakan inisiatif yang sangat baik, walaupun tidak diwajibkan ke atas individu untuk menjalani ujian swab tetapi ia telah dicadang untuk dilakukan di suatu sudut sebelum pelancong nak masuk dalam feri dan saya telah meminta mereka berbincang dengan LADA (Lembaga Pembangunan Langkawi)," katanya menambah ia diharap mendapat kerjasama baik.
Nancy juga menyambut baik titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah agar kerajaan yang baharu dibentuk ini segera melipatgandakan usaha memerangi COVID-19 dan membawa negara serta rakyat keluar daripada ancaman pandemik itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Langkawi
#penanda aras
#gelembung pelancongan
#MOTAC
#Nancy Shukri
#LADA
#Menteri Pelancongan Seni dan Budaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan