awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
Malaysia raih pelaburan digital diluluskan RM54.13 bilion pada suku ketiga 2025 - MDEC
Parti pemerintah Kosovo dahului pilihan raya Parlimen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lanjut PKPP: Kerajaan yakin keperluan pelitup muka dapat ditampung - Nanta

Bernama
Bernama
29/08/2020
20:00 MYT
Lanjut PKPP: Kerajaan yakin keperluan pelitup muka dapat ditampung - Nanta
Kata Nanta pada masa ini terdapat 13 pengilang tempatan beroperasi berbanding hanya empat sebelum penularan wabak COVID-19. - Bernama
Kerajaan yakin bekalan pelitup muka mencukupi bagi menampung keperluan masyarakat di negara ini susulan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi.
Katanya pada masa ini terdapat 13 pengilang tempatan beroperasi berbanding hanya empat sebelum penularan wabak COVID-19.
"... difahamkan ada beberapa lagi pengilang tempatan akan beroperasi tidak lama lagi.
"Dengan pertambahan kilang tempatan ini, kita yakin tidak akan berdepan dengan masalah bekalan pelitup muka walaupun kerajaan telah mengumumkan pelanjutan PKPP hingga Disember ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Kempen Jualan Malaysia dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) Peringkat Negeri Melaka di sini, hari ini.
Sementara itu, beliau berkata kementerian sedang mengkaji semua aspek sebelum menurunkan lagi harga siling pelitup muka jenis tiga lapis bawah RM1 agar adil kepada semua yang terlibat.
"Kerajaan perlu memastikan harga yang ditetapkan tidak terlalu rendah dan menjejaskan industri ini. Kalau mereka tutup, mana kita hendak dapatkan bekalan nanti. Kita tidak boleh mengharapkan import dari negara luar, kerana pelitup muka amat penting untuk keselamatan dan kesihatan kita," katanya.
Sementara itu, Nanta berkata hasil jualan barangan tempatan melalui platform e-dagang utama di Malaysia, Shopee, menerusi KBBM mencatatkan nilai jualan sebanyak RM11.9 juta dalam tempoh Julai hingga 26 Ogos lepas berbanding hanya RM4.7 juta direkodkan sepanjang setahun penganjuran kempen pada 2019.
Jumlah produk buatan Malaysia yang dijual menerusi Shopee juga meningkat daripada 3,500 kepada 26,365 produk melibatkan 5,177 penjual, katanya.
Beliau berkata KBBM bertujuan merancakkan sektor peruncitan dalam fasa PKPP dan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), KPDNHEP telah diberi peruntukan sebanyak RM20 juta bagi menggerakkan kempen itu.
KBBM akan diteruskan ke seluruh negara secara berperingkat hingga Disember depan dan Melaka merupakan negeri keempat bagi pelancaran kempen itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alexander Nanta Linggi
#kerajaan
#keselamatan
#kesihatan
#perintah kawalan pergerakan
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#PKPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan