KEPALA BATAS: Lapan beranak menempuh detik sukar apabila terpaksa mendiami khemah selama sebulan selepas terpaksa keluar dari rumah sewa.
Sebelum ini keluarga Roszita Abdul Razak, 43, menyewa di Lunas, Kedah dan menyara keluarganya dengan bekerja di sebuah kedai emas di Kulim, Kedah.
Namun, pelaksanaan Kawalan Pergerakan Penuh atau 'total lockdown' lebih sebulan lalu menyebabkan dia kehilangan pekerjaan serta tidak mampu membayar sewa rumah.
Susulan itu, Roszita yang juga ibu tunggal terpaksa pulang ke kampung ibunya di Pengkalan Batu, Tasek Gelugor bersama empat anak berusia antara 12 dan 22 tahun, dua cucu berusia setahun dan dua tahun serta seorang anak saudara berusia 17 tahun.
Bagaimanapun, jumlah ahli keluarga yang ramai menyebabkan Roszita terpaksa menghuni khemah kerana tidak mahu menyusahkan ibunya yang perlu menjaga adiknya berusia 30 tahun dan abangnya berusia 50 tahun yang mempunyai masalah kesihatan.
"Sebelum ini kami tinggal di Lunas (Kedah), saya bekerja di Kulim Central. Bila 'lockdown' dilaksanakan, tempat kerja saya ditutup jadi saya tidak boleh bayar sewa rumah.
"Saya terpaksa pindah balik duduk dekat rumah mak. Dah ramai sangat kat rumah mak kami terpaksa buat pondok duduk dalam khemah," katanya.
Namun, di sebalik kesukaran dihadapi, Roszita bersyukur apabila kesempitan hidup keluarganya mendapat simpati penduduk setempat serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Nor Hafizah Othman yang membantunya mencari rumah sewa.
Susulan itu, lapan beranak tersebut kini menarik nafas lega apabila ditempatkan di rumah transit di Taman Bertam Perdana, Kepala Batas.
"Alhamdullillah ada yang membantu kami. Buat masa ini mereka tolong bayarkan sewa, nanti bila saya kembali stabil nanti, saya bayarlah sendiri," ujarnya.
Roszita juga berharap dia mendapat pekerjaan dalam masa terdekat untuk membolehkannya menyara keluarga selepas ditempatkan di rumah transit berkenaan.
BACA: PEMULIH: Golongan miskin tegar, B40, M40 dapat Bantuan Khas COVID-19 bermula Ogos - PM
BACA SEMUA BERKAITAN PEMULIH DI SINI
Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan, kerajaan akan memberi Bantuan Khas COVID-19 (BKC) kepada isi rumah kategori miskin tegar, B40 dan M40 termasuk golongan bujang bermula Ogos.
Menurut Perdana Menteri, bantuan itu bakal memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion.
Sejumlah RM300,000 juga diberikan kepada semua Ahli Parlimen bagi program Bantuan Bakul Makanan seperti yang diumumkan dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) mula disalurkan pada 1 Julai.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berhubung perkara ini memaklumkan peruntukan itu turut diberikan kepada Ahli Parlimen pembangkang.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Jul 23 2021
Khemah yang didiami Roszita bersama anak, cucuk dan anak saudaranya. - Astro AWANI
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Gagal kutip hutang, along bertindak ancam jiran
Tiga kenderaan dan pagar dua buah rumah di Taman Selaseh, Gombak di sini rosak selepas disimbah cat merah dipercayai dilakukan pemberi pinjaman wang tidak berlesan atau Along, pagi tadi.
'Harap itu bukan Bella' - Keluarga
Keluarga berharap rangka tidak sempurna yang dijumpai dalam rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, bukan Bella yang dilaporkan hilang sejak 14 Disember.
Guru ditemui meninggal dunia lebih seminggu dalam rumah sewa
Seorang guru wanita ditemui meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Pengadang Baru pada Isnin.
Mayat wanita ditemui ditanam dalam simen di bilik air
Penduduk sekitar Kampung Pendamar, Pandamaran gempar apabila mayat seorang wanita ditemui ditanam dalam simen di bilik air di sebuah rumah sewa dekat sini pada Ahad.
Lelaki ditahan bantu siasatan penemuan bangkai, rangka kucing
Suspek yang berusia 31 tahun telah ditahan di Cheras, pada Sabtu.
Lelaki ditahan bersama dadah lebih RM2 juta di rumah sewa
Seorang lelaki dipercayai tokan dadah ditahan bersama dadah bernilai lebih RM2 juta di sebuah rumah sewa di Kluang, Rabu lepas.
Lembaga Zakat Selangor kesal asnaf tinggalkan rumah sewa kotor, tidak terurus
Lembaga Zakat Selangor (LZS) kesal dengan tindakan seorang asnaf meninggalkan rumah sewa di sebuah kawasan di sini dalam keadaan kotor dan rosak.
Bunyi bising pergaduhan rupanya rumah terbakar
Lima buah rumah terbakar hampir 95 peratus manakala sebuah lagi membabitkan kemusnahan 30 peratus.
UiTM tubuh jawatankuasa krisis kolej kediaman, rumah sewa
Pihak UiTM amat mengambil berat perihal kebajikan mahasiswa, susulan isu penempatan mahasiswa yang sukar mendapatkan rumah sewa.
Sembilan rumah sewa musnah dalam kebakaran di Dengkil
Seramai 25 individu tinggal di rumah sewa berkenaan iaitu 20 dewasa dan lima kanak-kanak termasuk warganegara Indonesia dan Pakistan.