MELAKA: Lapan fokus akan diberi keutamaan dalam merangka Bajet 2024 negeri Melaka sebagai usaha memastikan rakyat pada semua peringkat masyarakat mendapat manfaat.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata penekanan pada lapan fokus itu juga bertujuan melonjakkan tahap pencapaian ekonomi, menjana pertumbuhan lebih rancak, mewujudkan kesejahteraan sosial serta memastikan semua kelompok masyarakat, khususnya B40, dilindungi.
"Lapan fokus berkenaan antaranya ialah membangunkan Pusat Kecemerlangan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam usaha menyediakan prasarana untuk keperluan tenaga kerja bagi industri yang akan melabur di Melaka.
"Kita juga akan memperkasa sektor pelancongan sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) yang akan dilancarkan pada 31 Dis ini dan fokus ini akan memberikan suntikan ekonomi kepada ekosistem pelancongan negeri pada tahun hadapan," katanya kepada pemberita selepas Sesi Town Hall Bajet 2024 Negeri Melaka di sini hari ini.
Pada sesi itu yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zaidi Johari, Ab Rauf meluangkan masa lebih satu jam mendengar pelbagai isu berkaitan rakyat, pandangan, idea dan maklumat baharu bagi merangka Bajet 2024.
Beliau berkata bajet itu juga akan memberi fokus membangunkan Melaka sebagai negeri mesra pelabur dengan memudahkan prosedur serta peraturan melabur seperti kelulusan secara berkelompok, agar mereka dapat memulakan gerak kerja pembangunan dan pelaburan dengan segera.
Selain itu, katanya, kualiti perkhidmatan awam akan turut ditingkatkan supaya lebih cekap dan berkesan dengan menyasarkan semua isu atau masalah rakyat diselesaikan dalam tempoh dua minggu.
"Kita juga akan memastikan liputan 4G dan 5G akan dapat diperluaskan di negeri ini dengan segera, termasuk di kawasan pedalaman selain meningkatkan prestasi anak syarikat kerajaan negeri, memperkasa inisiatif di bawah ketua menteri serta memperkasa seni, warisan dan budaya di Melaka," katanya.
Sesi town hall tersebut disertai hampir 100 orang terdiri daripada pemimpin peringkat negeri, Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen serta badan bukan kerajaan (NGO) pelbagai sektor.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 12 2023
Ab Rauf berkata, kualiti perkhidmatan awam akan turut ditingkatkan supaya lebih cekap dan berkesan dengan menyasarkan semua isu atau masalah rakyat diselesaikan dalam tempoh dua minggu. - Gambar fail/Astro AWANI
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Lapan fokus utama rangka Bajet 2024 Melaka - Ab Rauf
Lapan fokus akan diberi keutamaan dalam merangka Bajet 2024 negeri Melaka sebagai usaha memastikan rakyat pada semua peringkat masyarakat mendapat manfaat.
Tiga fokus utama jaga kebajikan masyarakat India - Ahmad Zahid
Kebajikan masyarakat India di negara ini akan terus diperjuang terutama berkaitan isu kemiskinan bandar, kemudahan infrastruktur dan utiliti di kawasan perladangan serta aspek pendidikan.