KOTA BHARU: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) hari ini mengeluarkan ramalan awal banjir di lapan jajahan di Kelantan dan enam daerah di Terengganu mulai esok susulan hujan berterusan peringkat buruk dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
JPS menerusi Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) dalam kenyataan memaklumkan di Kelantan, kawasan diramal banjir bermula 7 pagi esok adalah di Pasir Mas melibatkan Kampung (Kg) Kubang Rambutan, Sungai Golok di Rantau Panjang dan sekitarnya, manakala di Tanah Merah pula Kg Nibong, Sungai Golok di Kampung Jenob serta sekitarnya.
Pada hari yang sama, jajahan Jeli di Sungai Lanas di Air Lanas dan kawasan sekitar serta di Pasir Mas membabitkan Kg Bendang Guchil, Kg Rantau Panjang Lubok dan kawasan sekitarnya turut diramal banjir pada 4 petang.
"Pada 19 Dis, mulai 12 tengah malam beberapa kawasan lagi turut diramal banjir di Pasir Mas iaitu Kg Kuala Itik, Kg Limau Purut, Kg Pengkalan Piah, Kg Pengkalan Telok dan kawasan sekitarnya, serta Kg Kedai Buloh, Kg Keladang, Jeti Kastam dan kawasan sekitarnya (Kota Bharu).
"Turut terjejas Kg Batu Jong, Kg Hujong Tanjong, Kg Pusu Tujoh, Kg Kuala Gris dan kawasan sekitarnya (Kuala Krai), Kg Kok Majid dan kawasan sekitarnya (Tumpat), Kg Riek dan kawasan sekitarnya (Gua Musang), Kg Pasir Panji dan kawasan sekitarnya (Tanah Merah), Kg Kerilla, Kg Paloh, Kg Hau dan kawasan sekitarnya (Machang)," menurut kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, pada 12 tengah hari 19 Dis pula beberapa kawasan lagi turut diramal banjir iaitu Kg Kubang Bual, Kg Kenor, Taman Sri Guchil, Kg Bukit Chengat, Kg Banggol Guchil dan kawasan sekitarnya (Kuala Krai), Kubang Simpul, Kg Chabir dan kawasan sekitarnya (Tanah Merah), selain Kg Teluk Renjuna, Kg Pulau Seratus, Kg Lubok Kawah dan kawasan sekitarnya (Tumpat).
"Kg Tepi Sungai dan kawasan sekitarnya (Machang), Kg Lakat, Kampung Sireh dan kawasan sekitarnya (Kota Bharu), Kg Kelar, Kg Sakar, Air Mulih dan kawasan sekitarnya (Pasir Mas) serta Limau Kasturi dan kawasan sekitarnya (Gua Musang)," menurut kenyataan itu.
BACA SEMUA BERHUBUNG BENCANA BANJIR DI SINI
Sementara itu, di TERENGGANU beberapa kawasan di daerah Kuala Terengganu, Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman dijangka dilanda banjir mulai esok berdasarkan simulasi model ramalan banjir JPS.
Kawasan yang diramal banjir mulai pukul 2 pagi esok ialah Kg Pinang, Bukit Puteri, Kg Bekok, Kg Cegar Kubor, Jambatan Keruak, Kg Cawangan dan Kg Nail di Besut.
Di Setiu pula melibatkan Kg Che Mohit, Kg Kubang Payu, Kampung Banggol Setar, Kg Pengkalan Merbau, Kg Tasik, Kg Permaisuri, Kg Besut dan Kg Pepari, manakala di Hulu Terengganu kawasan terbabit ialah Kg Menerong, PPSK Menerong, Kg Pengkalan Ajal, Kg Pasir Pelata, Kg Tanjung Putat, Kg Lebak, Kg Pasir Simpul, Kg Tengkawang, Kg Kepah dan Kg Baung.
Sementara di Dungun kawasan diramal terjejas ialah Kg Shukor, Kg Dendang, Felda Jerangau, Kg Tepus, Kg Serdang dan Kg Padang Pulut, manakala di Kemaman membabitkan Felda Cherul, Kg Binjai, Kg Cheneh serta Kg Pasir Gajah.
Dalam pada itu, setakat 2 petang tadi seramai 23 mangsa banjir daripada enam keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan Atas Tol di Kuala Terengganu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 17 2022
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan ramalan awal banjir di lapan jajahan di Kelantan dan enam daerah di Terengganu mulai esok. - Gambar fail/APM
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Paras air Sungai Semerak, Pasir Puteh catat bacaan peringkat amaran pagi ini - JPS
Bacaan paras Sungai Semerak di Pasir Puteh dicatatkan berada pada paras amaran setinggi 2.47 meter sehingga 8 pagi ini.
Hampir 20 buah kampung di Pasir Mas dijangka alami banjir Jumaat ini - JPS
Banjir yang diramalkan itu boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan bergantung kepada keadaan hujan yang signifikan berlaku di kawasan berkenaan.
Beberapa sungai di Lembah Klang cecah paras bahaya
Bacaan paras air di stesen Batu 12 dalam daerah Hulu Langat adalah 43.16 meter (m) iaitu kategori bahaya, berbanding bacaan normal 39.4m.
Fenomena air pasang besar diramal berlaku di Hilir Perak mulai hari ini
Kejadian fenomena air pasang besar kali ini dijangka pada skala yang lebih besar berbanding bulan September yang lalu.
Hajiji mahu Jabatan Perhutanan Sabah tingkat kutipan hasil hutan
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) meningkatkan kutipan hasil hutan untuk mencapai sasaran RM165 juta yang ditetapkan pada tahun ini.
Stok simpanan air Empangan Muda kini paras bahaya - JPS
Empangan Muda di Sik, Kedah merekodkan status simpanan sumber air tahap bahaya setakat kemas kini pada 1 April lalu susulan cuaca panas yang melanda negara ketika ini.
JPS ramal banjir di dua kawasan di Kubang Pasu
Dua kawasan tersebut adalah kawasan rendah dalam lingkungan 5km sekitar Sungai Bata di Kampung Bata dan Sungai Padang Terap di Kepala Batas.
Amaran kemungkinan banjir di Tanah Merah, Pasir Mas pagi esok
JPS mengeluarkan amaran kemungkinan banjir di dua jajahan di Kelantan iaitu di Tanah Merah dan Pasir Mas bermula awal pagi esok.
Risiko banjir kilat di Kedah, Selangor, Sabah dan Sarawak dalam tempoh 12 jam
Menurut JPS, notis kesiapsiagaan dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama di kawasan berisiko supaya berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut.
Dasar baharu bagi pembangunan pesisir pantai Selangor
Satu dasar baharu akan dirangka berhubung rancangan pembangunan di kawasan pesisir pantai di Selangor dengan mengambil kira aspek kenaikan paras air laut.